Thursday 23 July 2015

Catatan 29 Hari

Ramadan 1(17/6/15)
Petang tadi hujan lebat. Habis basah lencun kolej kediaman aku. Alhamdulillah hari ni juga aku tamat semester enam, peperiksaan semestinya. Cepat sungguh masa berlalu, bulan berkat datang lagi lah. Ramai je yang tahu, tapi tak ramai pula yang sedia, macam aku. Tiap tahun berharap rukun islam ketiga ni dapat dilaksanakan dengan cemerlang, bukan hanya di mulut tapi dengan amalnya sekali. Ahlan wasalan ya Ramadan.

Ramadan 2(18/6/15)
Alhamdulillah, puasa hari ni full, tak mengelat. Terawih pun pegi walau semalam miss. Seronok dapat berbuka dengan family ni sebenarnya, bonding dia rasa lain. Ngan kawan-kawan pun best tapi yelah sejak semakin dewasa ni dan duk berjauhan ni, suasana tu pasti kita rindu tak kira siapa pun. Satu hal yang aku perasan, malam dekat kampung sini, sunyi sangat. Hingga bunyi cengkerik pun lagi kuat sebab takde benda lain dah yang berbunyi. 

Ramadan 3(19/6/15)
Cerita hari ni: aku terlepas solat jumaat, alahai..tertidur sampai tengah hari. Terbawak-bawak rutin study week dekat unimap. Lepas subuh, lelap sampai sebelum zuhur baru bangun, tapi hari ni terlajak sampai pukul dua lebih. Tapi aku tak sengaja, bukan sengaja. Dan hari ni, aku belajar dari satu status facebook; mulianya seorang makhluk bernama manusia, bukan sebab dia manusia, tetapi sebab ilmu. Dan kemuncak ketinggian ilmu itu, apabila dia kenal dirinya sendiri dan kenal siapa Tuhan. Dia akan merasakan yang dirinya tak punya apa-apa berbanding Tuhan.

Ramadan 4(20/6/15)
Sigh~~hari ni aku banyak tidur, nasib baik tak terlepas zuhur. Tak tau la kenapa mengantuk sangat. Hari ni aku dengar sedikit perkongsian ilmu dekat masjid. "Allah perintahkan hambanya supaya berpuasa di bulan Ramadan sebab Dia nak hambanya jadi lebih bertaqwa". Ada dalam al-Quran. Macam mana cara kita nak tahu kita dah betul-betul bertaqwa ke tak? Kita kena tengok pada amalan kita di bulan inilah. Banyak betul amalan yang Allah anjurkan kepada kita, solat wajib tu dah tentu, solat sunat, zikir, baca Quran dan banyak lagi. Dan apabila selesai je 30 hari berpuasa, harapan kita adalah kita menjadi bersih, bersih dari segala kotoran dosa dan masa tu lah kita sambut kemenangan dengan meraikan 1 Syawal kelak. Moga Allah redha dengan kita. Amin.

Ramadan 5(21/6/15)
Alhamdulillah..hari ni tidur cukup-cukup je. Kongsi ilmu: jangan biarkan 5 perkara ni rosakkan pahala puasamu; 1. Fitnah 2. Bohong 3. Mengumpat 4. Tidak menjaga pandangan 5. Melaga-lagakan orang Dan hari ni juga aku dapat rezeki. Baru je terdetik dalam hati. Thanks kak.

Ramadan 6(22/6/15)
Hari ni aku berbuka dengan kawan. Rashdan & Azrizal. Makan pizza. Thanks, sebab lama jugak lah tak berjumpa. Tapi malam ni aku miss terawih. 

Ramadan 7(23/6/15)
Just a simple sharing: Manusia adalah suatu ciptaan Allah yang paling baik. Dalam al-Quran pun ada sebut, sebaik-baik ciptaan adalah manusia. Manusia tercipta dengan berbilion-bilion sel yang mana setiap sel berfungsi untuk tugas-tugas tertentu. Oleh itu, badan manusia akan bekerja setiap hari sepanjang tahun. So, dengan adanya bulan Ramadan, organ dalaman tubuh manusia akan dapat berehat sekurang-kurangnya 13 jam sehari selama 30 hari. Percaturan Allah dalam ciptaan-Nya sangat sempurna. Oleh itu, kita sebagai hambanya sepatutnya menghargai nikmat kesihatan yang dikurniakan dengan menjaga pemakanan seharian kita di bulan Ramadan ini. (Oleh: Dr Faizul)

Ramadan 7(24/6/15)
Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita berpuasa. Cepat betul masa berlari kan, tinggal tiga hari je lagi untuk habis fasa pertama(rahmat). So, kita kena sama-sama tingkatkan amal ibadah lah sepatutnya. Tapi, tahun ni aku agak sedih sebab tak dapat nak khatam Quran, biasanya malam first ramadan aku dah stat baca, tapi disebabkan tak sedia(masih di kampus) time tu, so aku delay. Dan tak sempatlah nak habiskan 30 juzuk. Tapi takpe, at least aku baca sikit-sikit. Jom teruskan amalan.

Ramadan 8(25/6/15)
Hari puasa okay je. Signifikan: crush baru balik dari kampus.😂😂

Ramadan 9(26/6/15)
Last day puasa kat rumah..sedih..esok dah nak kena pegi kl, intern dekat upm. Kongsi; ada 3 peringkat puasa: 1. Puasa tahan lapar dan dahaga sahaja 2. Puasa tahan lapar dan dahaga serta pancaindera 3. Puasa para nabi dan sahabat

Ramadan 10(27/6/15)
Malam ni aku gerak ke KL..isnin dah stat internship..huwaa..sedihnya. Mixed emotions as always lebih-lebih lagi terpaksa stay rumah abang. Even abang, tapi tak berapa nak ngam sebab dia dah kawin. Haha..sebenarnya, tu tak jadi masalah pun, tapi aku je yang berperasaan begitu..sabar je lah, 2 bulan setengah je..

Ramadan 11(28/6/15)
Okay..hari ni dah jejak kaki ke rumah abang. Aku sakit perut sangat petang tadi, tak tahu kenapa, salah makan kot. Dan, esok dah start intern..so, nervous dia pun lain macam sebab first time. Tapi, dah dua malam aku miss terawih..sedih jugak. Rindu nak gi terawih ngan abang aku yang doktor tu. Malam ni tak pegi terawih sebab hantar ayah balik kampung, ayah pun tak menyempat nak balik. Sebak pulak rasa. Harap-harapnya esok dan hari-hari mendatang baik-baik saja. 

Ramadan 12(29/6/15)
Yeay..hari ni aku start intern. Tapi, boring..hahaha..esok tak boring kot. Kongsi: kasih sayang bapa tu pun dapat dirasa sebenarnya. Pengorbanan ayah, dia urus keluarga, dia korbankan masa demi anak. Aku tengok sendiri cara abang aku urus keluarga dia, kesian pulak tengok, plus aku ni yang menumpang rumah dia. Semoga Allah beri ganjaran kepadanya.

Ramadan 13(30/6/15)
Rasa macam cepat je masa berlari..dah masuk Ramadan ke 13 dah pun. Aku pula baru terasa sibuk dengan intern, gerak ke tempat keje punya la awal, pukul 6.10 pagi, maklum saja, sini area KL..sampai rumah dah dekat waktu berbuka, elok sangat, pegi keje matahari tak terbit lagi, balik keje matahari dah terbenam. What a hectic life here..tapi alhamdulillah, aku pegi terawih. Pengisian sama je dekat kampung, ada diselangi tazkirah ringkas sebelum sunat witir. Kongsi: walaupun bulan puasa syaitan dan iblis dibelenggu, tapi nafsu dalam diri kita tetap ada. Jadi, cara kita nak menundukkan nafsu adalah dengan menjauhi sifat-sifat yang syaitan suka, contohnya berpada-pada dalam membeli juadah berbuka, dan tidak riak dan ujub ketika beribadah. 

Ramadan 14(1/7/15)
Its July..ya Allah, cepatnya masa berlalu. Bulan kelahiran aku..haha..tak sabar nak sambut birthday. Dan hari ini dah masuk pertengahan bulan Ramadan pun. Ape-ape pun, rutin harian sama je. Malas nak tulis balik. Cuma nak kongsi, kekadang nafsu pun kuat juga ya bulan Ramadan pun. Tambah-tambah dengan adanya media sosial, macam-macam ragam kita boleh tengok. Malam ni aku tengok bulan purnama penuh. Cantik je. Nampak kebesaran Ilahi di situ. Terasa nak je pegi ke atas dekat dengan bulan tu. 

Ramadan 15(2/7/15)
Kongsi: "asal nama lidah, tidak kira daripada siapa, kalau tidak dijaga memang boleh membinasakan, tidak kira siapa kita, pakai baju melayu ke kopiah ke, songkok ke, serban ke, purdah ke, kurta ke, lidah yang sama, jenis yang tidak bertulang tapi tusukannya lebih dalam dari pedang"(from someone)

Ramadan 16(3/7/15)
Okay, hari ni last day intern untuk 1st week. Yeay!! Hari ni juga, berbuka dekat CRS..okay la best. Tapi aku tak sempat terawih. Berita same marriage, penurunan nilai ringgit, kenaikan harga petrol, skandal rasuah yang dibongkar, kes maki hamun segar di media sosial. Ini menakutkan aku. Negara Malaysia pastinya berada dalam bencana, ini suatu peringatan penting sebenarnya bagi mereka yang benar-benar celik. 

Ramadan 17(4/7/15)
Ceritanya malam ni, aku datang rumah kakak dekat Nilai. Dapatlah kenal rumah dia sebab abang dan kakak ipar aku balik Kuala Selangor. Seganlah pulak nak ikut dorang. So, bukak puasa pun kat sinilah. Majoriti pasangan sekarang ni, maksud aku yang dua-dua bekerja akan beli je dekat luar untuk juadah berbuka. Abang aku pun sama. Tak tahulah aku nanti macam mana. Risau pulak nak kawin nanti. Okay, solat terawih kat sini best jugak. Ustaz tadi bagi ceramah pasal al-Quran, dia cakap Quran ni satu mukjizat istimewa yang Nabi Muhammad tinggalkan untuk kita berbanding dengan mukjizat-mukjizat Nabi yang lain. Walaupun Nabi dah wafat, tapi mukjizat itu masih boleh kita lihat. Dan orang-orang beramal dengan al-Quran ni pasti hidupnya tenang dan berjaya di dunia dan di akhirat. Tapi, ada pula orang Barat yang beramal dengan al-Quran malah turut menghafal, jadi mereka lebih maju berbanding kita. Walau begitu, mereka tetap menolak Nabi kita, tak terima sebab Nabi bukan dari kalangan mereka. Kita yang dah memang sedia Islam ni, betapa ruginya kalau tak beramal dengan al-Quran. Termasuklah aku..haih, malunya. Ustaz juga ada cerita tentang asal kejadian nafsu, nafsu diciptakan bersama-sama makhluknya yang lain sebelum adanya alam. Dan nafsu ni satu-satunya makhluk yang tak mengaku Allah sebagai Tuhan. Dengan itu, Allah menjadikan lapar untuk menghukum nafsu, dan barulah nafsu mengakui Allah sebagai Tuhan. Sebab itulah kita diperintahkan supaya berpuasa di bulan Ramadan bagi menundukkan nafsu. Itulah hikmah kita lapar, tu pun di siang hari je. 

Ramadan 18(5/7/15)
Hari ni aku tidur je. Tak proaktif langsung, ye lah, ni kan weekend, so boleh lah tidur sepuas hati. Padahal kalau kat hostel sama je weekend ke tak, tidur je..sampaikan housemate pun perasan yang aku kaki tido. 

Ramadan 19(6/7/15)
Kita dah berada hari terakhir fasa maghfirah. Sedihnya, actually malam ni dah malam ke-20. Padahal amalan aku entah ke mana lagi. Di corong-corong radio dah rancak pasang lagu raya. Intern pun penat jugak. Perasaan aku bercampur baur sekarang ni. Hati dah kat kampung sebenarnya. Walau kat kampung tu aku bosan jugak, tapi kan itu tempat aku membesar, so aku lebih selesa lah di sana. Biarpun takde aktiviti langsung, tapi aku aku rasa tenang berada di kampung. Aku bangga jadi anak desa. Rindu bau bendang. Rindu nak bersembang dengan mek. Rindu nak gi bazar dengan ayoh. Rindu nak gi terawih dengan Ijo. Rindu nak dengar leteran Lina. Rindu nak kecek dengan Maziah. Rindu nak gi Jumaat dengan Pije. Aku rindu semua. 

Ramadan 20(7/7/15)
10 malam terakhir ada Lailatul Qadar. Setiap tahun rasa teruja nak jumpa malam istimewa tu. Tapi hakikatnya, amalan tak menggambarkan keterujaan itu, apatah untuk menghidupkan malam-malam terakhir ini. Apa mungkin ini Ramadan  terakhir kita? Apa mungkin kita dapat menikmati keberkatan bulan ini lagi tahun hadapan? Kita semua tak pasti.  Sebab mati tu bila-bila masa je. Tu la silap aku, tahun ni pun macam kurang je baca Quran. Hmm..tahajjud apatah lagi. Harapkan terawih je, tu pun tak termasuk witir tiga rakaat. Apa yang berbeza dengan tahun lepas, tahun ni aku buat catatan. Harapnya dapat lah jumpa malam itu.

Ramadan 21(8/7/15)
Pagi tadi hujan. Semalam malam ke 21. Redup je, tak panas langsung. Tak sabarnya nak balik kampung.

Ramadan 22(9/7/15)
Cerita hari ini: aku stalk facebook seseorang, banyak benar yang aku belajar walaupun melalui post-post dia saja. Jika nak dibandingkan aku dan dia, jauh beza kot. Dia banyak membaca. Pasal agama. Aku jadikan dia sebagai idola dalam senyap. Aku berharap suatu hari, akan ada masa untuk aku lebih kenal dia, dan belajar sesuatu darinya kerna aku telah terpesona dengan perwatakan dia walau dengan hanya membaca penulisannya. Menyesal juga aku tak merealisasikan harapan ibu untuk tengok anak bongsu dia ni belajar di sekolah agama dan menjadi seorang hafiz. Tapi aku yakin dengan takdir yang telah tertulis untuk aku. Apa-apa pun, Ramadan hampir pada akhirnya, kejarlah pahala-pahala dalam sedikit masa yang ada ini, sebagai bekalan untuk akhirat kelak.

Ramadan 23(10/7/15)
Tadi ada weekly seminar dekat tempat intern aku. Best jugak lah prof tu bagi talk. Dia asal Indonesia, walaupun aku kurang faham sikit(bab Math) tapi cara penyampaian dia aku suka. Dia dah tua, tapi still semangat mengajar. By the way, aku rasa kurang sihat hari ni, mungkin perubahan cuaca kot. Tak pun setiap hari duk dalam aircond yang sejuk tahap tak ingat. Nak naikkan suhu malas pulak sebab meja aku jauh dengan suis dia. Harap-harap okay je lah sebab minggu depan dah nak raya, tak syok la raya kalau demam. Cakap pasal sakit ni, itu juga suatu jalan yang Allah bagi untuk menghapuskan dosa sebenarnya. Mungkin tu juga cara Allah tunjuk kasih sayang dia terhadap kita, ye lah, biasanya disebabkan sakit itulah kita(manusia yang lemah) akan ingat Allah. See..dengan mengingati Allah pun dah dapat pahala, apatah lagi kita sabar dan redha? Maka bertambah-tambah lah pahala yang akan kita dapat. Tapi jangan pula kita merungut, malah ada segelintir yang memaki hamun, nauzubillah..dan kita juga perlulah ikhtiar untuk ubati sesuatu penyakit tu, tak bolehlah duk berdiam diri sahaja tanpa berusaha. Salah konsep namanya tu. Sebab apa? Sebab Allah takkan turunkan sesuatu penyakit itu melainkan dengan penawarnya sekali. Nampak tak, betapa kasihnya Allah kepada hamba-hamba-Nya. Senyum.

Ramadan 24(11/7/15)
Tak sihat.

Ramadan 25(12/7/15)
Amal takkan lahir dari hati yang mati (from someone). Betul juga katanya itu. Anyway, malam ni malam terakhir aku kat sini sebelum hari raya. Yeay!! Malam esok gerak rumah kakak aku, then pagi lusa bertolak balik kampung. I will miss the terawih here. Puasa sini satu pengalaman yang takleh aku lupa. Hari ni aku dah sihat sikit, tapi still batuk, harap pulihlah sebelum 1 Syawal. 

Ramadan 26(13/7/15)
Sakit tekak. Miss terawih. Tapi excited sebab esok dah nak balik kampung. Thanks to Due because he has sacrifice himself a lot just to give me the best.

Ramadan 27(14/7/15)
Yeay!! Dah sampai pun kampung halaman. Perjalanan balik tadi penat nak arwah kau, ha. Kematu bontot aku, nasib naik kereta, aku xtau la orang yang naik moto tu rasa macam apa..haha. Gi terawih malam ni. 

Ramadan 28(15/7/15)
Hari ni batuk. Tak selesa. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ini. Malam ni actually dah malam last Ramadan. Cepat betul masa berlalu. Sedih jugak, sebab bulan penuh barakah bakal meninggalkan kita. Aku mesti rindu nak jumpa lagi. Tapi belum tentu dapat jumpa sebab mati tu bila-bila masa je. Harapnya segala amalan yang aku buat sepanjang bulan ni diterima Allah. Amin.

Ramadan 29(16/7/15)
Malam raya. Sedih. 

0 comments:

Post a Comment

 
;