Saturday 14 June 2014

Ratu Balqis





Clinical School of Cambridge

Pagi yang indah. Tenang sahaja bayu itu, menderu perlahan membawa bersama dedaun kering di bawah pohon. Cantik. Warna jingga terang menghiasi laman blok kediaman. Musim luruh yang baru bermula membuatkan Balqis begitu teruja ingin menjelajah ke serata pelosok Kota London. Tambah pula, dia sedang dalam cuti semester. London tidak pernah sunyi dengan kunjungan pelancong tidak kira ataupun malam.

"Bella, ko nak ikut kitaorang pegi gig tak malam ni?"
"Mmm..cun gak, esok aku free je. Pukul brapa nak gerak?"
"Dalam 7.30 maybe"
"Awal siot, tempat tu bukan dia bukak pukul 9 ke?"
"Kamon la Bella, kita cari la Mr. Right dulu, ko ingat best ke pegi takde sorang pun laki ah? Atleast Malaysian boy pun jadila...hahaha"
"Cool...bebeh"

Begitulah rutin mingguan Balqis dan rakan-rakan yang lain. Sibuk dalam pelajaran, tapi sempat bersosial sakan. Hiruk pikuk manusia kadang-kadang sangat berbeza cara dan budaya. Dia berada di persimpangan, pertembungan antara dua pandangan berbeza dan juga acuan tipikal masyarakat. Namun, Balqis punya pegangan sendiri. Dia lebih peka akan citarasanya. Biarpun dirinya sendiri tak patuh pada konkrit Islam yang sebenar, tapi dia tahu batas-batas pemisah antara halal dan haram. Balqis sangat keras hati. Jiwanya kental, mungkin title anak sulung dalam keluarga menjadikan dia lebih cekal dalam tindakan.

"Wei...wei..wei..Bella, dah la tuh, ko tau tak dah tiga botol ko minum wine tu"
"Hahaha...ape barang tiga dowh, kita kasi lima..hahaha". Bella separuh sedar.
"Iman, jom bawak minah ni balik bilik, aku takut dia pengsan nanti susah plak, ni pun dah dekat pukul 2.00"tutur Laila.
"Aku pun risau gak, mampus kita kalo bapak dia tau"

Ketiga-tiga pelajar perubatan itu segera pulang ke apartment kerana bimbang akan keselamatan diri. Memang mereka yang jenis suka bersosial, tetapi maruah diri tetap menjadi keutamaan lebih-lebih lagi bila menetap di rantau orang. Perogol. Ya, itu yang mereka takutkan, biarpun bilangan penduduk Muslim di kota itu boleh dikatakan agak ramai, namun penjenayah ada di mana-mana. Biasanya, dalam lingkungan jam berkenaan, pusat-pusat hiburan malah pub-pub masih galak beroperasi, atmosfera yang sama juga berlaku di Malaysia. Walaupun Malaysia dilabel negara majoritinya Islam. Bagi Balqis, perkara itu terlalu mainstream dan dia tak heran kalau negara seperti UK lebih kuat pengaruh Islam jika nak dibandingkan dengan tanah air sendiri, kerana itu dia sangat liberal dalam membuat penilaian tentang Islam. Situasi keluarganya yang western juga menjadi punca mengapa dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Penat untuk menjadi boneka dalam pementasan drama dunia.

***

Ke Makam Bonda

"Nenda, kakak nak bonda balik" esak Balqis.
"Sabar la kakak, bonda pergi kejap je. Nanti kakak jumpa bonda kat Syurga" pujuk wanita tua sayu.
"Kakak tak cukup kuat nenda, sapa nak jaga adik-adik?Aqis benci papa"
"Aqis, tak baik cakap papa macam tu, sejahat-jahat mana pun papa, dia tetap papa Aqis tau...dah, dah..jangan nangis" neneknya menyapu lelehan air mata Balqis.

Suasana tanah perkuburan itu hiba, cuaca pada petang itu juga seakan-akan mengerti akan perasaan Balqis. Dia telah kehilangan bonda tercinta seawal usia 17 tahun lagi. Pergi ibunya bersama-sama derita yang ditanggung selama ini, sekurang-kurangnya arwah tenang beradu di alam sana. Penyakit barah otak yang dihidapi ibunya sejak lima tahun lalu akhirnya berpenghujung petang itu. Arwah meninggal dalam pelukan Balqis. Balqis sangat sayang akan ibunya. Takkan ada pengganti yang mampu menggantikan tempat ibunya di hati Balqis meskipun seribu kali lebih baik.

"Papa, Aqis nak sambung medic kat UK, boleh kan?"
"Suka hati kamu lah, papa tak kisah"
"Tapi, Aqis tak suka kalau papa nak kawin lain, dengan Auntie Maria pulak tu"
"Jangan sibuk pasal papa boleh tak?! Kamu mentah lagi, tak tahu apa-apa, faham tak? Kamu dan bonda kamu sama je, menyusahkan!"
"Sudah la papa! Aqis benci papa sampai mati!..papa pegi la duduk ngan pompuan tu...benci papa! Benci!"

Belum sempat Balqis melangkah kaki, papanya menampar pipi Balqis. Jatuh terduduk. 

"Lain kali, jangan nak menengking papa, dasar anak tak mengenang budi!"

Berderai air mata Balqis. Dia meraba pipinya, terasa perit sekali. Ada kesan darah akibat tamparan yang kuat tepat mengenai hujung bibir sebelah kanan. Dia begitu kesal dengan sikap papanya yang panas baran. Baru sekarang dia faham perasaan bondanya yang selama ini hidup menderita bersama papanya ditambah dengan penyakit yang dihidapi. Namun, dia mengakui yang dia juga tak sepatutnya meninggikan suara terhadap papanya. 

Sikap Balqis juga berubah menjadi kasar disebabkan peristiwa itu. Dia mula tidak mempercayai mana-mana lelaki. Baginya, semua lelaki sama. Hari-hari yang dilalui penuh dengan aktiviti liar, dari malam sampai ke pagi. Dia berani menapak ke kelab-kelab malam, minum segala jenis arak dan merempit di jalanan. Dia sudah tak peduli akan masa depannya. Tapi satu perkara yang dia masih beri perhatian, pelajaran. Dia nekad untuk menjadi seorang doktor kerana itulah janji yang dipatri  di hadapan bondanya saat kematian. Dia tak akan pernah lupa akan janji itu walau apa pun yang akan berlaku.

***

Secalit Kenangan Itu

Allah itu Maha Adil. Dia berlaku adil terhadap hamba-hamba-Nya. Begitu juga terhadap Balqis. Dia masih mampu menguasai pelajarannya di sekolah walaupun dia seringkali ponteng kelas dan dikategorikan sebagai pelajar paling bermasalah di sekolahnya. Guru-gurunya tak suka perangainya, bermula dari guru tingkatan, sehinggalah ke pihak atasan pentadbiran sekolah, semuanya kenal siapa Balqis Nabila.
Bertambah 'populariti' Balqis apabila dia seorang sahaja pelajar perempuan Muslim yang tidak bertudung dan tersangatlah mudah untuk dikenali oleh pelajar-pelajar lain. Tapi Balqis tak ambil peduli akan hal itu, dia tetap berpegang pada prinsipnya, jadi diri sendiri. Disebabkan perangainya yang seperti lelaki, dia senang berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. 

"Hei, ratu Balqis, jom ikut kitaorang lepak malam ni...aku ada baik punya party dowh"
"Kau jangan panggil aku ratu boleh tak? Aku sepak kang!"
"Woo..woo..cool babe, asal kau hangin nih? Period ek?..hahahaha" usik Paan.
"Hotak kau period, aku dah lepas last week" jujur Balqis sambil tersengih.
"Bodohlah kau Bella, benda tu pun kau nak mention, geli siot!" tukas Ecah.
"Dah dah...okay tak sume nih? On tak?"Aqil menanti jawapan.
"Okay.." serentak.

Pelbagai kenangan dicipta bersama. Pahit manis semua ada, menjadi garisan pelangi memori terindah di zaman remaja. Biarpun batasan pergaulan yang tidak rapi dijaga, namun masing-masing tidak pernah berbuat sesuatu yang luar dari normal kemanusiaan. Harapnya!.

***

Tak Tersangka

Hari-hari biasa di kampus sangat membosankan. Balqis masih solo berjalan menuju ke hospital, dia sememangnya berani. Disebabkan jarak antara kediamannya dengan Addenbroke's Hospital tidak jauh, dia gemar berjalan kaki. Dia keseorangan pagi itu kerana Iman  dan Laila tiada kuliah pada hari itu. Jadi, dia terpaksa berjalan seorang diri. Dia mengenakan blouse labuh berwarna hitam, skirt labuh paras lutut dan but panjang tumit tinggi, penampilannya sentiasa menampakkan kematangannya sesuai dengan usianya yang menjangkau 21 tahun. Dia masih free hair. Tapi kadang-kadang dia juga mengenakan skarf di atas kepala. 

Di sepanjang perjalanan, dia berasa tidak sedap hati. Dia pasti ada seseorang yang mengekorinua dari belakang. Dia cuba mempercepatkan langkah kaki. Jarak antaranya semakin dekat dengan lelaki itu, dan dia cuba untuk bertenang. Balqis akhirnya jatuh  kerana kakinya tersadung pada akar sebatang pohon. Lelaki itu cuba menyentuhnya.

"Don't you ever touch me!" tegas Balqis.                                                                                                                                                                                                                                                   
"Hahahaha...chill young lady, i won't hurt you...come here, my dear". Lelaki itu cuba merapatkan badannya ke tubuh Balqis. Balqis cuba menolak dan menepis tangan lelaki itu.
"No...please don't do that, jerk!" Balqis meludah ke muka lelaki itu. Dengan kasar lelaki itu merentap tangan lembut Balqis. Memegang kemas kedua-dua belah tangannya. Balqis tak berdaya. Badan lelaki itu kini di atas badan Balqis. Balqis meronta-ronta minta untuk dilepaskan.
"Please..." sayu Balqis bersuara. 
Dia pasrah, hanya berserah. 

"Buk". Bunyi satu tumbukan padu. Balqis membuka mata. Kelihatan seorang lelaki yang pada hematnya lelaki Melayu, berkulit cerah tepat berdiri di hadapannya tapi pandangannya kabur ketika itu.
"Come on man, fight me"
"You, son of b***h"
Pergelutan berlaku pantas. Ternyata lelaki Inggeris tadi kalah dengan ketangkasan pemuda itu. Balqis bingkas bangun, menarik blousenya yang hampir tertanggal. Dia mengambil handbag yang jatuh. Dia cuba melihat raut wajah pemuda yang telah selamatkannya itu, tapi pemuda itu sedikitpun tak memandang wajahnya.

"Err...excuse me, sir...thanks"
"Tak apa, lain kali, hati-hati"

Jawab pemuda itu tanpa memandang muka Balqis. Dia berlalu pergi begitu saja. Balqis masih terpinga-pinga.

***

Oh...

"So, Mr. Naim, how can we know that Allah always with us?"
Dia meneliti tafsir Quran di hadapannya. Nafas ditarik perlahan dan dia membaca:

"If you do not aid the Prophet - Allah has already aided him when those who disbelieved had driven him out [of Makkah] as one of two, when they were in the cave and he said to his companion, "Do not grieve; indeed Allah is with us." And Allah sent down his tranquillity upon him and supported him with angels you did not see and made the word of those who disbelieved the lowest, while the word of Allah - that is the highest. And Allah is Exalted in Might and Wise.
[9:40]

Naim menyambung.

"And now you see that Allah do not ever leave us alone in every circumstance, yet we who the one that always forget about Him"
Semua memasang telinga khusyuk mendengar bicara Naim.
"Brothers, Allah loves the repentant slave after sin, please remember, we are ordinary person, we are always commit sin. So, the only way to be loved by Him is by do the truly repentance before its too late."

Sesi petang itu lebih menjurus kepada persoalan bagaimana nak dekatkan diri kepada Allah. Naim dah lebih dua tahun terlibat dalam aktiviti dakwah di kolejnya. Kelas agama yang diajar dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami Islam secara santai tapi informatik. Berdiri dalam saf ukhuwah yang utuh membuatkan Naim lebih teruja untuk mewakafkan diri untuk keperluan ummah, termasuklah menjadi naqib di kolejnya. Walaupun sumbangannya tak seberapa, tapi dia yakin suatu hari nanti ia pasti akan membuahkan hasil. Naim merupakan pelajar perubatan tahun akhir dan sangat terkenal dengan kepetahannya berbicara di pentas debat dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia. Kadang-kadang ada saja usikan dari mahasiswi yang tertarik padanya. Boleh dikatakan membawa pakej yang lengkap sebagai 'Al-Fateh' moden, maka tak hairanlah dia menjadi pujaan wanita.

Namun tidak pada Balqis, seorang gadis daif yang suka menghabiskan masa berfoya-foya. Baginya, memiliki calon suami yang alim membuatkan dunianya sempit dan rimas. Kerana itulah dia merupakan satu-satunya wanita yang tidak memandang pada kelebihan Naim.

"Bella, ko kenal tak mamat yang nama dia Naim?"
"Kau ni tanya soklan luar silibus ni pehal?"
"Hesyhh, minah ni, aku tanya kau, kau boleh tanya aku balik. Kau kenal tak ni?" soal Laila tak puas hati.
"Mana la aku tahu, aku tak layan la stok-stok Melayu, bagi la aku muka macam mamat band OneRepublic ke, TheKillers ke, apa barang mamat Melayu dowh" jawab Balqis diselangi ketawa.
"Takdela, aku ni dah hari-hari dengar orang sebut pasal dia. Curious jugak aku"
"Cer try kau tanya si Iman tu, dia tu berjiwa patriotik sikit, laki dia pun nanti dia cakap nak yang sebelah rumah je. Ape ke taste la minah tu, tak paham aku...hahaha"
"Amboi..kemain lagi kau ek...sekali kena batang hidung kau, padan muka...aku tunggu gelak je"
"Jap..jap..aku rasa lah yang budak sape ke namenye...Naim..tu presiden pelajar Muslim kat King's College kan?"
"Kesah plak aku...aku anti la budak-budak so-called imam muda ni.."
"Ooo...kau anti ek, takpe, aku doakan dia jadi laki kau nanti...hahahaha"

Cepat je bantal mengenai kepala Laila. Adoii...

***

Langkah Tercipta

Pelajar-pelajar berpusu-pusu masuk ke dewan utama. Seminar yang julung kali dianjurkan itu memfokuskan perubatan dalam Islam. 'Medicine in Islam: Contribution of Avicenna'. Balqis juga tak terkecuali dari menyertainya. Naim mengepalai seminar. Dia ketua hari itu. Sesuai dengan karakternya yang berkarisma dan berkepimpinan sekaligus menjadi orang harapan seminar. 

Banyak isu dibangkitkan sepanjang seminar yang mana berkait rapat dengan pengamalan perubatan yang betul dan menjadi rujukan utama King's College. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis rawatan yang masih diaplikasikan masa kini dengan bantuan teknologi canggih di makmal. Balqis kelihatan lesu dan tidak berapa berminat dengan butir bicara majlis dan dia mengambil keputusan untuk keluar dari dewan. Masih kedengaran suara-suara pelajar dan pensyarah sedang rancak berbincang. Balqis tak endah. Jam sudah menginjak ke angka 10.

Cuaca sejuk malam itu membuatkan Balqis menggigil kesejukan. Dia lupa untuk membawa jaket tebal. Sekurang-kurangnya mampu memanaskan badan. Sambil menggosok kedua-dua belah tapak tangan dia terus melangkah menuju ke kafe berdekatan. Mungkin secawan kopi panas boleh menjadi sumber haba yang baik. Ada suara lelaki menegurnya dari belakang. Dia sikit terkejut, tapi cuba untuk bertenang.

"Hai, sorang je ke?"
Balqis senyap.
"Amboi..sombongnya dia"
"Jangan kacau aku boleh tak? Kang aku pelangkung kang!"

Balqis berlagak tenang. Dia melangkah ke vendor machine. Dia menjinjing kopi panas menuju ke meja kosong. Memandangkan seminar tadi belum berakhir, kafe di bahagian bawah dewan agak lengang. Balqis serba salah. Lelaki tadi duduk berhadapan dengan Balqis. Shitt!

"Boleh saya tahu siapa nama adik manis?" manja.
"Kau ni dah kenapa, nak ngorat ke bro? Salah orang dowh!"
"Rileks la..jangan sombong sangat. Kita sama-sama Malaysian kan..so, shall we..."
"Hei, dengar sini. Aku tak layan la jantan macam kau ni. Dah la tak reti nak hormat pompuan. Pegi mampos la kau"
"Hahaha...adik manis, tak baik tau cakap macam tu kat abang"

Tanpa banyak bicara, Balqis bangun dari kerusi cuba meninggalkan lelaki tadi. Tapi, tangannya terasa direntap kasar. Balqis mengaduh kesakitan.

"Tadi bukan main kasar, sekarang rasakan...hahaha"
"Sakit la bodoh! Lepas lah" rayu Balqis.
"Adik manis nak lari mana?" Lelaki tadi terus memegang erat tangan kiri Balqis, cuba menarik badan Balqis rapat ke tubuhnya. Apalah daya seorang wanita, walaupun nampak kasar dan brutal, Balqis masih tak mampu melawan kudrat seorang lelaki. Lelaki tadi cuba mencium pipi Balqis, namun Balqis memalingkan mukanya ke arah berlawanan. Dia meronta-ronta.

Belum sempat lelaki tadi mencium pipi Balqis, badan lelaki itu terlebih dulu terdorong ke belakang. Ada bunyi tumbukan kuat mengenai pipi lelaki itu. Balqis cepat-cepat melepaskan diri berdiri di belakang si penumbuk.

"Kau ni sapa ah?! Jangan nak masuk campur"
"Kau tu siapa? Senang-senang nak cium anak dara orang"
"Ahh...peduli apa aku, Balqis ni hak aku, kau jangan nak sibuk"

Lelaki itu cuba menumbuk. Tapi sempat dielak. Naim sempat bergerak ke belakang. Kali ini lelaki itu menyerang dari belakang. Naim jatuh tersungkur, pantas lelaki itu menerpa ke arah Naim. Belum sempat Naim bangun, satu tumbukan padu tepat mengenai pipinya. Naim cuba membalas tumbukan dan berjaya menyekat kaki lelaki itu, lelaki itu jatuh tersadung. 

"Dah, pergi!"

Balqis yang sedang terpinga-pinga cuba bersuara. 

"Err...terima kasih"
"Awak lagi, lain kali hati-hati"
"Jap, awak lagi? Kita pernah jumpa ke?"
"Lupakan lah, seminar ni belum selesai, sila ke dewan" tenang tiada riak.
"Tapi...
"....siapa nama awak?"

Soalan itu tiada berjawab. Naim meninggalkan Balqis dan terus melangkah ke dewan. Ada getaran jiwanya sewaktu memandang wajah putih Balqis. Debaran itu menjadi punca mengapa dia tidak memalingkan mukanya sewaktu selamatkan Balqis dulu. Entah mengapa tiap kali Balqis in emegency, dia pasti ada di situ. Naim tiada jawapan untuk itu.

Usai program, Balqis pulang ke bilik.

"Bella, kau pegi mana tadi ah? Puas kitaorang cari" tanya Iman.
"Ha'ah...kau kat mana tadi?"
Senyap.
"Yang kau ni dah kenapa tiba-tiba senyap, Bella?"
"Aku kena cabul"muka Balqis tertunduk.

Hampir tersembur air dari mulut Iman. 
"Kau ni biar betul beb? Aku tak caya lah"
"Kau ingat aku main-main ke hah? Benda ni melibatkan maruah aku!"lantang Balqis bersuara. Sebelum ini dia tak pernah menengking dua sahabat itu. Itu yang pertama kalinya. Dia masuk ke bilik. Pintu bilik dikunci rapat.

Laila dan Iman terdiam. Perangai pelik Balqis malam itu sedikit menggusarkan kepala. Tak pernah terlintas di fikiran mereka untuk menyinggung perasaan Balqis. Mereka yang salah. Tapi, Balqis sukar dimengerti. Sikapnya yang kasar kadang-kadang memadamkan jiwa lembut seorang wanita. Sehinggakan sahabat karibnya juga menjadi bingung. 

***

Kerana Daniel

"Akak, adik rindu kakak"rengek adik bongsu.
"Sabar la...nanti cuti, akak janji akak balik"
"Papa selalu tinggalkan Daniel sorang-sorang"
"Papa kan kerja, adik kena paham"pujuk Balqis.
"Alah, papa tu selalu je sibuk..kalau ada mama kan best.."Daniel mula menangis. Balqis dapat menangkap bunyi esakan di telefonnya.
"Daniel, jangan nangis ye..akak ada"Balqis juga menangis.

Balqis bermonolog.

"Bonda, Akis janji, Akis akan jadi doktor, Akis akan jaga adik sampai bila-bila...Akis janji"

Kerana Daniel. Ya, Balqis sanggup lakukan apa saja demi Daniel, kasih dan sayangnya kepada Daniel bak pantai tiada penghujung, meskipun ombak datang membadai, dia tegar berdiri. Kekuatan dalaman perlu ada, tapi semenjak peristiwa hitam itu, dia berasa lemah, tiada pelindung, unsecure. Hatinya berbolak balik, ditambah pegangan agama yang rapuh. Sungguh dia perlukan panduan, sokongan dan pembimbing untuk dia terus berjuang membela nasib dirinya. Hujung minggu itu suram. Malamnya tak diisi dengan aktiviti sosial itu lagi. Balqis hilang punca, mungkin sudah tiba masanya untuk dia berubah. Perlahan-lahan dia merebahkan diri di atas katil, matanya tertancap ke siling. Seluruh fikirannya menerawang, bagaikan ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya dia terlena.

Balqis berpakaian kotor, badannya berbau busuk. Kelihatan seorang wanita berjubah putih mendatangi Balqis. Balqis sangat kenal raut wajah itu.

"Aqis, kenapa ni sayang?"
"Bonda!"

Wanita itu terus mengusap kepala Balqis. Terasa nyaman sekali waktu itu. Mereka berada si sebuah taman yang indah. Suatu tempat yang belum pernah Balqis jejaki.

"Bonda, kita kat mana ni? Cantik!"
"Ha...cuba lah Aqis teka, nanti kita jumpa lagi"
"Bonda...bonda...jangan tinggal Aqis"
Balqis cuba mengejar. Dia rebah, lututnya terluka. 

Balqis tersedar dari mimpi. Ada peluh merintik dari dahi. Dia nengucap panjang. Fikiran cuba untuk mencerna. Hati mula merintih.

"Ya Allah, berilah aku petunjuk"

Balqis melangkah ke bilik air lemah. Sejadah dibentang, sunat taubat dibuat. Dia lama berteleku di atas sejadah usai solat, cuba mencari jiwa hambanya. Seingat Balqis, kali terakhir dia solat adalah semasa bondanya kritikal di hospital. Selepas saja bondanya pergi mengadap Ilahi, dahinya langsung tak menyentuh lantai hinggalah malam ini. Jam menunjukkan 3.20 pagi.

"Ya Allah, aku banyak buat dosa, aku minum arak, aku tinggal solat..."
"...aku derhaka pada papa,.."

Balqis menangis sepuas hati. Rasa berdosa yang bersarang dilepaskan. Mungkin hidayah telah mengetuk pintu hatinya. Dia terlena di atas sejadah sehinggalah waktu Subuh.

***

Mencari Diri

"Haziq, cuti semester nanti kau balik Malaysia tak?"aju Naim.
"Balik kot, kenapa?"
"Takde la, kalau kau tak balik aku nak ajak kau pegi backpack area Ireland, nak join tak? Aku ada program sikit."
"Ooo...ye ke, nanti lah aku pikir"
"Okay"

Pagi itu juga menyaksikan perubahan drastik Balqis. Dia mula mengenakan blouse labuh, shawl yang menutup dada dan kasut bertutup sebelum keluar. Mahu jatuh rahang roomate-nya tengok. Segala jenis make-up tiada satu pun tercalit pada wajah Balqis.

"Woo..woo..Bella, kau ni dah kenapa wei? Aku tengok kau ni dah lain macam je"tegur Iman.
"Lain apanye, aku just pakai shawl je pon, takde yang pelik eh"
"Ni aku takleh terima, kau...kau bukan yang aku kenal dulu dowh...jangan cakap kau dah nak kawin wei, mati kau aku tumbuk...hahaha"
"Ntah si Bella ni, buat tebiat nak mampus ke hape?"sampuk Laila.
"Dah..dah..korang ni bukannye nak support, kutuk adelah"Balqis buat muka.
"Alahai...sejak bila dah pandai sentap ni hah? Eee..aku la minah ni, aku sekeh kang"
"Jap..jap...sekarang ni aku ada test, nanti-nantilah kita citer...aku gerak dulu..assalamualaikum"
Balqis keluar dan menutup pintu rumah.
"Iman, kau dengar tak ape yang aku dengar?"
"Dengar ape weyh?"Laila buat bodoh.
"Asal kau ni lembab hah, takkan kau tak dengar si Bella bagi salam tadi..eyy..aku cepuk kang"marah Iman
"Ye..ye..aku dengar la. Hmmm...aku pun pelik"Laila sengih.

Bermula detik itu, dia berubah tiga ratus enam puluh darjah. Laila dan Iman turut terkena tempias. Memang betul lah orang cakap yang hati perempuan ni macam kerak nasi. Sekeras mana pun, akhirnya lembut juga jika kalau kena caranya. 

"Pejam celik, pejam celik tak sangka yang kita dah nak grad kan?"
"A'aa la...aku rasa kejap je"
"Punya la penat belajar medic, sampai nak cari boyfriend pun tak sempat...haha"
"Hisyy..ntahpape la kau ni, asyik pikir nak kawin je..biar lah dapat keja dulu"
"Eleh, cakap aku, ntah-ntah lepas je konvo nanti, kau yang kawin dulu, kalo masa tu kau tak ajak kitaorang, memang aku bagi penampor sedas..baru padan muka kau"
"Haha...ni, yang si Bella ni senyap je asal?"
"Takde pape lah, aku just teringat janji aku kat arwah bonda aku"ada nada sedih.
Laila memeluk bahu Balqis. Cuba memujuk.
"Dah..dah..jangan la nangis, kita datang sini nak enjoy kan, tak syok la kalo ada yang sedih je memanjang"
"Haha..aku okay je lah, takyah risau"

Mereka bertiga menjejakkan kaki ke bumi Ireland semata-mata untuk menghabiskan cuti semester, sebelum meneruskan semester akhir tak lama lagi. Lebih tepat, mereka berkunjung ke Dublin. Jauh berkelana ke rantau orang membuatkan kita sebagai hamba kepada sang Pencipta lebih dekat kepada-Nya. Sebagaimana yang telah tercatat di dalam surah al-Ankabut ayat 20:

"Katakanlah, Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi [1148]. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Nah! Ternyata peluang itu tidak disia-siakan sama sekali. Biarpun perubahan itu memerlukan masa yang lama untuk betul-betul memahami apa itu iman dan taqwa. Tapi sekurang-kurangnya dengan merantau mereka bertiga mula menghargai masa muda dan tidak pula berpaling melakukan kesilapan lalu. Kebetulan Naim dan Haziq juga pergi ke Dublin waktu itu, jadi mereka berdualah yang menjadi 'tourist guide' untuk gadis-gadis itu.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tak mudah untuk memahami Islam sebenar tanpa seorang yang seorang guru. Harapkan buku semata-mata rasanya tak cukup. Di sinilah kita dapat merasai kepentingan mengembara, ambil ibrah daripada sesuatu perkara dan belajar apa itu erti kehidupan sebenar. Hidup dalam kerangka masa sebenarnya adalah sunnatullah atau aturan alam yang telah termaktub. Cuma bezanya antara kita adalah bagaimana kita menghadapinya. Perkenalan tak formal antara Balqis dan Naim di Dublin adalah antara momen janggal yang pernah dilalui Balqis. Entah mengapa dia umpama magnet yang menarik apa-apa jenis logam dalam masa yang sama menolak jika bertemu kutub magnet yang sama. Serba tak kena jika dia bersemuka dengan Naim. Begitu juga Naim. Sekali-sekala mereka bergandingan memberi talk untuk satu-satu slot. Masing-masing ada tajuk tertentu. 

"Awakkan yang selamatkan saya malam tu?"Balqis cuba mencari kepastian.
"Mmm...lupakanlah ek, saya tak ingat pun"Naim cuba sembunyikan sesuatu.
"Awak ni kan, tak payah la nak tipu. Saya cuma nak ucap terima kasih je. Tak lebih."
"Kita kat mana eh tadi...oo..dalam Islam, kedudukan wanita..."

Itu antara dialog Naim dan Balqis. Masing-masing cuba berlagak tenang. Balqis mencebik. 'Ee..mamat ni, aku cubit kang, poyo je lebih'. Namun, Naim sempat menjeling ke arah Balqis, dia tersenyum seakan-akan dapat mengagak apa yang Balqis omelkan. Cepat-cepat dia kembali tunduk mengadap buku di depannya. 'Cantik'. Naim segera beristighfar.

"So, apa komen korang lepas follow benda-benda camni?"usul Balqis.
"Mmm...not bad-lah, ade je input yang aku dapat dan tak penah terpikir pun boleh dapat before join benda ni"
Balqis tersenyum lebar mendengar jawapan dari mulut Laila.
Thumbs up! Itu je dari Iman tanpa kata-kata. Ternyata usaha Balqis mengajak kawan-kawannya berhasil.
"So, lepas ni korang boleh lah kan recommend-kan untuk junior-junior kita nanti"
"Okay gak tu, aku setuju"
"Tapikan, part yang paling aku suka tengok ialah bila kau dengan si Naim tu bagi talk, serasi sangat, sorang malu-malu, sorang buat muka toya je...hahaha...serius kelakar" tambah Laila.
"Kan..aku pun perasan, korang ada jodoh ni."
"Amboi...laju je korang kenakan aku ek, aku cepuk sekor-sekor kang baru tahu."
"Marah benar si Ratu Balqis ni, kenapa ek? Dah tak sabar nak terima utusan Hud ke?...hahaha" gelak je Laila dan Iman.

***

Gurauan Menjadi

"Mmm...aku sebenarnya segan lah nak cakap ngan kau, tapi aku nak pendapat kau"
"Macam berat je Im, cuba citer betul-betul. Mana tau kot-kot aku boleh tolong"
"Begini Ziq, kalau aku kawin dengan Balqis, apa kata kau?"
"Hah? Kau ni biar betul Im, soal nikah ni bukan boleh dibuat main, kau dah pikir masak-masak ke?"
"Aku tahu, tapi aku dah buat istikharah, dua kali. Aku yakin dengan keputusan aku."
"Ye lah, aku faham. Tapi kalau betullah kau nak kawin dengan Balqis tu, biarlah secara terhormat, maksud aku, jumpa wali dia. Apa-apa pun, aku tetap sokong kau."
"Terima kasih Ziq atas pendapat kau tu, aku janji aku takkan sia-siakan Balqis."

Kepulangan Naim ke tanah air bersama hasrat yang tertangguh. Dia ingin melunaskan soal itu dengan segera. Segala yang dirancang nampaknya sedikit rumit, dan paling tak sangka rupa-rupanya ayah dan ibu Naim sudahpun membuat keputusan untuk menjodohkan Naim dan Balqis. Walaupun Naim sedikit kecewa dengan keputusan itu, tapi dia tidak membantah bahkan menerima dengan hati yang terbuka.

"Naim, ibu dah bincang dengan pakcik Kamal. Kami nak jodohkan kamu dengan Balqis, apa kata kamu?"
"Im ikut je keputusan ibu, Im tak kisah"
"Insya Allah Im, semuanya baik-baik belaka"tambah Hashim.

Ternyata kepulangan Naim ke tanah air tepat pada masanya sungguhpun dia tak kenal tunangannya. Dia redha dengan takdirnya. Sekembalinya ke London, dia segera mengkhabarkan kepada Haziq tentang pertunangan itu, Haziq tumpang gembira.

Balqis juga pulang ke Malaysia sama seperti Naim. Bezanya dia dah tahu yang dia bakal bertunang dan dia juga tahu siapa tunangannya, cuma dia masih ragu-ragu dengan keputusan itu.

"Papa dah terima pinangan makcik Hasmah kamu, kamu terima je lah Aqis, lagipun makcik Hasmah dah banyak tolong kita"
"Anak dia yang mana papa?"
"Alah, yang tengah belajar medik kat UK tu? Naim, sama universiti ngan kamu kan?"
Tersedak Balqis mendengar nama itu.
"Ooo..."jawab Balqis pendek. Tapi ada senyum terukir di bibirnya. Dia amat bersyukur. Rupa-rupanya jodohnya dekat saja.

"Tahniah Bella! Tak sangka kau dah tunang"
"Ye lah, ingatkan kau yang last sekali kawin...haha"
"Terima kasihlah, alah, baru tunang tak konfem kawin lagi"
"Tapi, siapa nama tunang kau hah?"

Balqis merahsiakan nama tunangnya dari pengetahuan dua sahabat karibnya itu. Kalau mereka tahu, sudah pasti gosip-gosip liar cepat tersebar. Dia sudah masak dengan perangai kawan-kawannya itu.

*** 

Bila Dublin lebih Islam dari Malaysia

Kajian mereka mendapati, negara umat Islam seperti Arab Saudi, Mesir, Sudan dan sebagainya, mendapat markah yang amat rendah dalam keempat-empat aspek ini. Hal ini kerana, seperti yang disebut Professor Hossein Askari, negara-negara Islam ini menjadikan Islam sebagai alat semata-mata untuk berkuasa.

Empat aspek utama yang dilihat adalah pengurusan pentadbiran (governance), hak asasi kemanusiaan dan politik (political and human rights) dan perhubungan antarabangsa (international relations). 

Ya, kehidupan sosial mereka sememangnya porak peranda. Ibu-ibu muda sehari-hari melahirkan anak tanpa bapa. Kes-kes bunuh diri akibat kechiwa dengan hidup cukup tinggi di negara ini. Saban tahun kerajaan mereka terpaksa membelanjakan wang dalam jumlah yang besar bagi merawat rakyat mereka yang ketagihan arak dan dadah.

Namun di sebalik semua itu, nilai-nilai kemanusiaan mereka sangat tinggi. Di sebalik keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial yang sedikit demi sedikit sedang memamah negara mereka, mereka punya nilai asas yang malangnya tidak dimiliki oleh kebanyakan umat Islam pada hari ini. 

Mereka menjaga warga tua mereka dengan penuh amanah. 

Bandar-bandar mereka bersih, tanpa bekas polisterin buat bungkus mee goreng mamak dan pembalut Nini Cokelat Celup yang menyakitkan mata. 

Pemandu-pemandu mereka amat menghormati pejalan kali. Dan pada mereka, merah itu tanda berhenti. Betul-betul berhenti.

Tandas mereka bersih dan 'menyelerakan.' 

Mereka tidak lokek dengan senyuman dan mesra memulakan perbualan meski dengan orang yang tidak dikenali. Kata Professor Hossein Askari dan Scheherazade S. 

"Aku jumpa Islam di Eropah, tanpa Muslim. Di sini (Mesir), aku jumpa ramai Muslim tanpa Islam."

Orang-orang bukan Islam, mereka semakin maju dan hebat apabila mereka semakin jauh daripada agama mereka, kerana agama mereka yang sudah tercemar dengan tangan-tangan manusia itu bersifat korup dan menindas. Lantas, apabila mereka mengasingkan agama daripada kehidupan mereka (sekular), mereka bebas daripada cengkaman pihak agamawan yang zalim.

Sedangkan kita, umat Islam, mundur dan miskin apabila kita menjauhkan diri daripada ad-deen ini, kerana agama ini sifatnya sempurna, lengkap dan melengkapkan. Tiada apa yang kurang padanya. Lantas, apabila kita mengasingkan kehidupan kita sehari-hari daripada al-Quran dan sunnah, dua sumber yang sepatutnya apabila dipegang tidak akan membuatkan kita sesat buat selamanya, maka kita tercengkan oleh kezaliman diri kita sendiri.

Blog Angel Pakai Gucci! di-scroll perlahan-lahan. Fikirannya cuba mengiyakan segala apa yang diperkata. Hati dan jiwanya cuba menidakkan. Buntu. Merenung kembali apa yang telah diusahakan selama dua dekad lebih kehidupan, sesuatu yang mungkin mampu meng-Islam-kan Malaysia selari dengan title negara Islam itu sendiri. Naim meregangkan tangan ke belakang. Lehernya diurut lembut. Sudah lebih dua jam dia di hadapan komputer ribanya. Segala persiapan untuk pembentangan hari esok sudah hampir siap. Dengan bacaannya sekejap tadi sedikit sebanyak menjadi sumber tambahan untuk tujuan itu.

Hari terakhir mereka berada di Dublin. Slot petang membawa tajuk Islam: Cabaran Masa Depan. Peserta-peserta yang menghadiri forum itu terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi dari universiti sekitar London dan Dublin. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri, namun masih berada dalam ruang lingkup diskusi yang sama iaitu Islam. Huru hara kerana perang, kebejatan sosial yang melampau malah situasi politik yang tegang menjadi topik utama perbincangan. Akhir, didatangkan solusi-solusi terbaik sesuai dengan syariat dan hukum Allah. Memang betul-lah, Islam itu agama dialog. Diwarisi dialog itu 1400 tahun dulu daripada tak lain dan tak bukan Muhammad SAW.

"OMG Bella, i think i'm gonna cry..huhu"
"Asal kau ni Laila?"
"Takdelah, selama aku hidup, ni first time aku terkesan giler dengar diskusi pasal Islam, rasa nak nanges"
"Kan...actually, aku pun sama. Bila kita dah besar sekarang ni barulah kita sedar akan benda-benda macam ni, tambah-tambah bila ada kat negara orang."
"Setuju. Dulu kita pikir dalam hidup ni kita just nak enjoy je. Tak pun, macam kita, study tinggi-tinggi, pastu dapat keja. Habis. Padahal banyak benda lagi yang telah dipertanggungjawabkan oleh Dia. Contohlah, macam benda-benda kecik, macam buang sampah dalam tong, senyum at strangers, tolong orang."
"Betul tu, kita tak sedar kan pasal tu, walhal benda tu jugak boleh bawak pahala. Senang-senang je masuk saham. Patutlah, Dublin ni jauh lebih Islamik dari Malaysia kan."
"Hmmm.."

***

Tiada Lagi Rahsia

'Assalamualaikum, Naim, saya nak jumpa awak petang ni, dekat wad. Pukul 2.30-Nabila'

Mesej diterima. Naim mengerutkan dahi. 'Kenapa dia nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke?'.

Selesai bertugas, Naim masih menunggu di luar wad. Duduk di bangku di bahagian ruangan menunggu. Dia membelek-belek jam tangan, jam menunjukkan 2.35 petang. Kelihatan Balqis menuju ke arahnya masih lengkap memakai lab coat menandakan dia juga ada kelas praktikal petang itu. Balqis mengenakan jaket blue black paras lutut di bahagian dalam dan seluar jeans longgar serta memakai shawl merah hati. Entah kenapa dia sengaja memakai speck bingkai penuh hari itu.

"Assalamualaikum, dah lama tunggu?"Balqis masih berdiri.
"Waalaikumusalam, eh, Nabila...takdelah lama sangat"jawab Naim.
"Tak nak pelawa saya duduk ke?"usik Balqis.
Dengan menggelabah Naim beranjak ke tepi sikit memberi ruang. Balqis sempat memandang sekilas wajah Naim yang mula berubah. Blushing. Dia senyum nakal. Tiada dialog.
"Ehemm...saya sebenarnya ada benda nak cakap, tapi sebelum tu saya nak tanya awak, harap awak jawab jujur lah ye"
"Insyaallah, saya cuba"hanya menunduk.
"Awak..awak ada awek tak?"
Mahu terkeluar jantung Naim mendengarnya soalan itu. Nasib baik dia tak sakit jantung.
"Saya rasa tak perlu kota saya jawab"
'Eleh, malu-malu pulak'. Getus Balqis.
"Boleh saya tahu kenapa?"
"Awak tujuan awak sebenarnya?"
"Sebab saya dah lama suka awak"
Naim berlagak tenang, tetapi dia sikit pun tak memandang muka Balqis.
"Orang perempuan tak sepatutnya cakap macam tu, awak kena jaga adab"
'Haha...Naim, Naim...comel jer aku tengok'
"Kalau saya pinangkan awak untuk saya, awak nak terima tak?"Balqis tersenyum, nampak jelas lesung pipitnya.

Keluar peluh jantan. Naim beristighfar panjang. 'Nabila, kenapa la kau senyum, goyah iman aku'
"Apa yang awak merepek ni? Beginilah, saya sebenarnya dah bertunang. Masa cuti yang lepas, saya balik Malaysia, keluarga saya dah hantar rombongan. Pihak perempuan dah setuju. Kami akan kawin tak lama lagi."jujur Naim.
"Oo...ye ke? Asal tak bagitau awal-awal, kalo saya tau, takdela saya nak  'ngorat' awak...haha"Balqis berpura-pura.
Gulp!. Naim hanya diam seribu bahasa, sungguh dia merasa darah menyerbu ke mukanya. Pantas dia bangun dan meminta diri. Hanya Allah yang tahu perasaannya tika itu.

Seminggu sebelum grad.

"La, awak ke tunang saya?! MasyaAllah, saya tak tahu nak cakap apa."
"Nama saya Balqis Nabila. Awak hanya kenal Nabila je, tapi bukan Balqis"nada berseloroh.
"Saya ingatkan perempuan mana ntah...nasib la, ibu saya sempat bagitau dulu, kalau tak sampai sekarang saya tak tahu"
"Tu la awak, cuba tanya nama penuh, kalau ye pun nak jaga ikhtilat, takkan tau nama penuh pun salah kot.."
"Jap..so..awak pun sebenarnya dah tau la yang awak tu tunang saya?"Naim mengecilkan matanya, curious.
"A'aa..saya ngan ibu awak dah memang berpakat taknak bagitau awak dulu..haha"Balqis hanya tersenyum nakal.
Naim cuba menahan malu.
"Tapi awak tak sepatutnya kenakan saya dengan cara macam ni."ada sedikit rajuk.
"Alah awak ni, say bukannya apa, saya cuma hormat awak sebagai seorang yang menjaga pergaulan, tu je..jangan la merajuk ek. Tak elok laki merajuk"Balqis mengenyit mata.

Aduh! 'Asal la kau main-main mata pulak, aku cubit kang, tapi takpe, janji aku dapat jugak akhirnya!. Terima kasih Allah'. Naim dan Balqis bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian mereka di Cambridge, malah bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Rasa syukur berganda, rezeki itu Allah tentukan.

*** 

Ramadan Terakhir

Balqis mengusap lembut perutnya. Dia merasa ada denyut nadi di dalamnya. Denyut itu denyut cinta, cinta pada Allah, cinta pada suami, cinta pada zuriat yang bakal lahir. Tak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki cahaya mata seawal usianya sekarang, tapi takdir Ilahi siapa mampu menolak. Memori suatu ketika dulu kembali mengisi benak fikiran.

"Awak tak kisah ke kalau nanti saya panggil awak Naim je?, saya tak biasalah panggil 'abang'."
"Sebab umur saya lebih muda dari awak?"
"Hisyy..takdelah, cuma rasa kekok..hehe"
"Oo...macam tu, ok, saya tak kisah. Tapi, kalau saya panggil awak 'sayang', awak marah tak?"
"Alah...saya segan lah, saya lebih suka kalau awak panggil saya Aqis je, lagi senang kan? Lagipun, Aqis pun dah kira manja apa"pujuk Balqis.
"Ye lah, ye lah...awak ni tak romantik langsung"
Balqis merapatkan tubuhnya ke badan Naim, tanda memujuk. Naim segera memeluk. 

Balqis tersenyum sendirian. Leka melayan perasaan. Kadang-kadang membuatkan dia rasa sebak. Rasa bersalah pada Naim. Tapi dia juga bersyukur kerana dikurniakan teman hidup seperti Naim. Balqis kembali merenung ke luar jendela, sambil menanti tenggelamnya mentari, menandakan berakhirnya Ramadan kali ini. Dia menyeka airmata, entah kenapa dia berasa hiba. Naim mendatangi dari belakang.

"Aqis, kenapa duk sini sorang-sorang? Jom masuk, dah nak berbuka ni."
"Eh, Na...Naim,.."
"Kenapa menangis ni?"
"A..abang, Aqis nak mintak maaf banyak-banyak, Aqis tau Aqis banyak buat salah dengan abang, abang ampunkan Aqis ye?"esak Balqis.
"Syyhh...dah..dah..apa yang Aqis cakap ni?..Aqis tak buat salah apa-apa pun ngan abang"
"Tapi abang janji ye, jangan tinggalkan Aqis"
"Ye, ye..abang janji..jom masuk, kejap lagi dah nak azan."

Balqis masih berteleku di atas sejadah, lengkap bertelekung. Doa bersama-sama Naim diaminkan penuh khusyuk sebentar tadi. Mereka solat Isyak berjemaah bersama-sama. Naim bangun dari tempat duduknya, melipat sejadah. Dia terpandang wajah isterinya yang muram lantas dia bersila betul-betul menghadap Balqis.

"Sayang,..oppss..Aqis, kenapa ni? Muram je"Naim menggaru-garu kepala yang tak gatal.
"Takpe abang..panggil je Aqis 'sayang', Aqis tak marah pun"
"Betul ni?"
"Betul"Balqis senyum.
"Dengar sini anak papa, papa dah boleh panggil ummi 'sayang' tau. Papa sayang ummi" Naim menekapkan telinganya ke perut Balqis. "Jangan nakal-nakal tau, kesian ummi, dia penat".
"Sayang, abang nak ucap terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat kita" Naim mengucup mesra dahi Balqis. Terasa hangat seolah-olah kucupan pertama seperti di hari perkahwinan dulu. 
"Err..abang, Aqis nak mintak sesuatu ngan abang, boleh?"
"Apa saja sayang" Naim melirik manja.
"Abang, kalau ditakdirkan Aqis pergi dulu sebelum abang, janji dengan Aqis yang abang takkan nangis dan bersedih ye, jaga anak kita baik-baik jugak, jangan lupa untuk doakan Aqis" Balqis tak mampu menahan sebak, dia memeluk erat Naim. Naim juga membalas pelukan itu, dikucup ubun-ubun Balqis berkali-kali. Tak mahu melepaskan pelukan itu.
"Kenapa sayang macam tu, abang kan ada, abang akan jaga Aqis dan baby sampai bila-bila" Naim juga menangis. Naim seolah-olah memahami maksud Balqis. Sepatutnya dia sedar akan hal itu. 'Ya Allah, panjangkanlah umur isteriku'.

1Syawal

Ternyata Allah lebih menyayangi Balqis. Dia meninggal sewaktu melahirkan bayi pertama mereka di hospital. Bayi itu disambut sendiri oleh Naim. Dengan linangan air mata, Naim membaca iqamat ke telinga bayi mereka. Sayu dan syahdu. Perasaan gembira dan sedih bercampur-baur. 

"Naim, sabar ye nak, Allah lebih sayangkan Balqis, relakan kepergiannya."

'Aqis-ku sayang, pergilah, abang redha, moga beroleh Syurga kelak, abang janji, abang akan jaga anak kita'

***

-cerita hanya rekaan semata-mata-

0422





0 comments:

Post a Comment

 
;