Monday, 12 October 2015

Ejek

Kau tak payah la ejek-ejek orang
Kau ingat orang suka ke kena ejek?
Kau suka orang ejek kau?
Aku cukup pantang orang ejek aku
Kalau orang nak maki, nak perli, nak mengata sampai mati pun aku tak kisah
Tapi bila kena ejek, aku panas gila
Aku dah banyak kali sabar dengan kau
Tapi kau tak pernah hargai kesabaran aku tu, biarpun kau perasan
Kau ingat aku ni jenis kayu ke?
Kau ingat aku tunggul?
Manusia ni, bila dah banyak kali sabar, maknanya apa?
Kau tahu?
Maknanya, dia dah banyak kali adapt dengan sekeliling
Cuba beralah, mencari cara berbeza dalam bergaul
Takkan itu pun kau tak faham?
Kalau orang tu diam, maknanya apa?
Kalaulah kau tahu yang diam itu pelindung terakhir bagi orang yang sedang marah
Mesti kau takkan berani ejek lagi
Bila dah orang tu tak banyak cakap, kau tahu apa bala yang menimpa?
Itu termasuk salah satu jalan memutuskan tali silaturahim
Kau tahu apa akibat?
Dosa.
Tapi kau juga tahu angkara siapa?
Kau.
Jadi, tolong jaga lisan
Jangan suka mengejek
Orang menyampah dengan ejekan
Aku,kau, tak suka kena ejek
Kau tahu, aku tahu

0 comments:

Post a Comment

 
;