Friday 30 May 2014 0 comments

Di mana kita?

Kasih-Nya abadi
Tak terkurang sedikit pun
Hamba-hamba-Nya dalam jagaan

Gunung itu tegak duduknya
Namun tunduk pada kuasa-Nya
Insan pula semulia ciptaan-Nya
Namun dosa dan noda tiada terkira

Dan kita kata kita cinta Dia?
Padahal solat entah ke mana
Dan kita kata kita patuh pada-Nya?
Walhal maksiat disemai dibaja
Dan kita kata kita rindu Dia?
Sedangkan hati kita bukan pada-Nya
Dan kita kata kita hamba-Nya?
Tapi jiwa mengabdi pada makhluk-Nya

Dan kita kata kita nak Syurga
Tapi kita pilih jalan ke Neraka 

Di mana kita sebenarnya?

0213


Wednesday 28 May 2014 0 comments

R-iF; Ahmad Ammar



Tika hayat yang tidak dikenang
Tika hidup yang tidak dipandang
Kerana keikhlasan 
Kerana kejujuran
Hanya satu impian
Keredhaan Tuhan
Hanya satu impian
Taman Syurga

Tika hayat yang tidak dikenang
Tika hidup yang tidak dipandang
Kerana keikhlasan 
Kerana kejujuran
Hanya satu impian
Keredhaan Tuhan
Hanya satu impian
Taman Syurga

Perlu ada keredhaan Allah
Dalam amalan kita
Sekiranya Allah redha 
Sedangkan seluruh dunia
Berpaling daripadamu
Maka itu tidak penting

Biar tak dikenali penduduk bumi
Tapi masyhur di kalangan penghuni langit
Kejayaan hakiki bukan di dunia
Akhirat sana matlamat utama
Akhirat sana matlamat utama

Perlu ada keredhaan Allah
Dalam amalan kita
Sekiranya Allah redha 
Sedangkan seluruh dunia
Berpaling daripadamu
Maka itu tidak penting

Biar tak dikenali penduduk bumi
Tapi masyhur di kalangan penghuni langit
Kejayaan hakiki bukan di dunia
Akhirat sana matlamat utama
Akhirat sana matlamat utama
Akhirat sana matlamat utama

Ahmad Ammar...

0021


Tuesday 27 May 2014 0 comments

Momentum





Aku belajar sesuatu dari momentum

Analogi: bila kita lantun bola keranjang ke atas court dengan tenaga yang kuat, pasti lantunannya tinggi, tapi bila kita lantun dengan tenaga yang lemah, lantunannya rendah.

Begitu juga.
Lagi kuat sayang kita pada seseorang, kuat juga rasa peritnya bila kehilangannya.

Now,  i wonder.
Rendah sangat ke rasa sayang aku kepada Allah, sebab bila aku buang Dia dari hidup (buat maksiat dan tinggalkan taubat), aku tak rasa apa-apa.

1747

Saturday 24 May 2014 0 comments

Cinta kepada Pemilik Cinta






Umpama pepasir pantai. Merimbun bak pohon di tengah gurun. Merentasi sempadan masa yang menjadi pemisah antara yang fana dan yang kekal abadi. 
Mengapa hati ini tidak betah? Mengapa nafsu selalu berkuasa? 
Tak sempat mengungkap kata taubat, rebah jiwa di lembah kekufuran. Hikmah pedoman itu sekadar di angin lalu. Tiada bisa melawan setiap laku khilafmu.

Dosa. Ya, itulah sisa-sisa di lubuk hatimu terdalam. Biar sedikit cuma, namun mampu menggugah akal budi. Biar cuma senoktah tanda, tetap terkesan jahilnya iman di situ. Lambat laun, ia membakar jiwa abidmu, mencarik akhlakmu, menikam warasmu. Justeru, apa nasibmu wahai pedagang?

Doa. Segerakanlah serumu itu, tetapkan dudukmu walau seketika di atas sejadah. Merintihlah dalam keinsafan, menangislah untuk kasih-Nya, pohonlah akan maghfirah-Nya. Hanya itu mampu menjadi perantara antara Pencipta dan yang dicipta, antara Tuan Empunya dan hamba yang hina. 

Hanya dengan itu, kita kenal cinta kepada Pemilik Cinta.


Friday 9 May 2014 0 comments

Menangislah...


Beruntunglah masih mampu menangis. Tak kira jiwa mu kosong mahupun tenang. Tiada sempadan waktu untuk kita menangis. Menangislah kerana Allah. Moga-moga di akhirnya hasanah. Betapa ramai yang resah, betapa ramai yang gundah, betapa ramai yang nestapa. Kendatipun bernyawa dalam ruang lingkup mewah, seakan-akan dunia inilah penamat. Lupa akan destinasi abadi. 

Ah! "aku baik pun, bukan boleh kaya!"

Ungkap kata ramai insan leka buat kesekian kalinya. Indah duniawi menghijab nur mata hati. Buta hatinya, tak mampu menilai mana si tulen, mana si ciplak. Usah kusut fikiranmu wahai teman, ayuh! Mari cari jiwa abidmu, cari janjimu dulu, curi masa mudamu agar hatimu tenang dalam kasih Ilahi. Redha-Nya. Menangislah wahai khalifah, hingga kering titisan akhir, itulah pengubat luka dan duka, penghapus dosa dan cela, pembela jasad di Mahsyar sana. 

"aku buat jahat balik, dah taubat tapi still buat jahat, baik tak payah taubat"

Jangan begitu duhai teman, Allah itu Maha Pengampun, Dia tak tengok pun status kita, hanya hatimu jadi perantara, pemisah jasad dan roh di alam sana kelak. Tiada siapa yang sempurna melainkan Rasul-Nya, justeru waspadalah wahai hati-hati insan, moga sentiasa dalam lindungan-Nya. Biarlah hidup dan mati kita hanya kerana Allah. Itulah yang hakiki. Hanya ketaatan menjadi saksi cinta kita kepada-Nya, mudah-mudahan. Amin.
Menangislah...
 
;