Wednesday 4 January 2012

Terkadang Aku juga Terleka



hati ini terlalu mudah untuk tunduk pada nafsu yang selalu mengharapkan segala keindahan dunia yang merenggut iman yang suci walaupun ditepis dengan segala kudrat yang termampu namun aku masih belum kuat untuk menongkah badai itu lantas tersungkur di balik kedukaan hati yang sukar untuk diubati...

pabilaku cuba bangkit, aku terkulai layu mengumpul sepenuh kekuatan, tapi apakan daya badai nafsu yang ganas menghempas jiwa dan hatiku jauh ke pesisiran pantai hitam yang penuh dengan noda semalam jauh meninggalkan pelayaranku sebentar tadi...hatiku berbisik.."ya Allah, engkau hampirkan aku dengan rahmatMu, ampunkanlah segala dosa-dosa ku yang lalu dan tetapkan iman hambaMu yang hina ini....

tanpaku sedari, bebutir permata putih jatuh berguguran di pipi menangisi segala perbuatan yang membawaku jauh dari persimpangan rahmatNya dan ku cuba bangun dikala seruan menghadapNya kembali menjengah d telingaku.."Allahuakbar Allahuakbar...".. laungan syahdu menyentap jiwaku yang tidak keruan, masih terpinga-pinga dalam kesamaran mencari diri sendiri....

dan kini aku percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih lantas aku menaruh haran yang menggunung untuk kembali berserah kepadaNya, jauh di sudut hatiku, aku masih sedar akan kedudukanku...justeru aku harus pasrah dan tabah menghadapi dugaan ini bagi menempuh rintangan di lain hari..

aku tak boleh kalah dengan peperangan hati dan nafsu ini kerana bukan mudah untuk mengecapi nikmat yang sepenuhnya di dunia dan di akhirat, hanya yang perkasa mampu memenanginya..ramai yang leka dan lalai dalam hidup ini, betapa ramai insan yang terkulai dengan pesona kehidupan di dunia yang fana ini dan berapa kerat sahaja yang masih berpegang pada taliNya...

sehari-hari aku gelisah memikirkan bagaimana sisa-sisa waktuku nanti yang ada,apa yang harus aku isi dengan sisa umurku ini,adakah segala amalanku terdahulu telah diterima olehNya, sudikah kiranya aku diterima sebagai hambaNya tatkala mata telah tertutup nanti, jiwa ini merintih dikala memikirkan nasibku di kubur nanti, masihkah ada waktuku untuk kembali ke pangkuanNya dan sempatkah aku untuk mengubah sgal cahaya kelam menjadi terang..

benakku kembali berputar ligat mencari jawapan kepada persoalan-persoalan itu,merenung jauh ke langit ketujuh...mengharap ada sinar untukku gapai dan menerangi laluanku kelak,justeru al-Quran dan Hadislah menjadi sandaran bagi menjadi sahabat sejati bagi setiap muslim dalam menuai benih-benih peribadi yang luhur lagi mempesona..

ayuh, aku menyeru diriku dan juga para pembaca untuk kembali kepadaNya dan cinta akan Rasulullah SAW...cinta yang hakiki hanya cinta kepada Allah...

0 comments:

Post a Comment

 
;