Sunday 1 June 2014

Sticky Note dari Istanbul






Pemergiannya ke bumi Turki bukan atas kerelaannya. Dia cuma ingin berkelana jauh dari masalah, mencari solusi berganda yang bakal memuaskan hati semua pihak. Dia datang tepat pada waktunya, kebetulan Aiman juga seorang pelajar jurusan sejarah di universiti yang sama dengannya mempelawanya untuk mengikuti bulatan gembira.

"Serius, kau takkan nyesal join usrah, percayalah!"
"Baik, aku terima"
"Ha..macam ni lah baru buddy..chill"

Setahun Adam mengikuti usrah, ternyata jiwanya sebati dengan segala pengisian yang dibuat, tiada masalah baginya untuk menyesuaikan diri. Dan kini dia mula nampak sedikit demi sedikit jalan keluar. Benarlah peribahasa, jauh perjalanan, luas pengalaman. Dia tersenyum memikirkan kembali betapa dia cetek akan ilmu sewaktu dahulu. 

Gerak kerja usrahnya menampakkan hasil yang baik. Kini, Adam mampu mengatur jadual hariannya, baik soal pelajaran mahupun aktiviti dakwah. Pilihan yang dibuat tak pernah menghampakannya, jauh sekali dia berputus asa.

"Kak, Adam datang sini ikut kakak sebab Adam kagum dengan kakak"
"Adam, dengar sini, Adam kena buat pilihan sendiri tau, jangan ikut orang lain, betulkan niat tu dulu. Barulah semuanya berjalan lancar, so, niat kerana Allah"
"Ye la kak, niat tu dah memang lama tersemat dalam jiwaku!"

Dia senyum lagi mengingatkan dialog bersama kakaknya itu. Tapi ada rasa kecewa sedikit kerana kakaknya terlebih dulu pergi meninggalkan mereka sekeluarga, tak sempat menunaikan hasrat arwah nak berdakwah kepada papa dan mama.

"Hai anak muda, termenung apa tu"
Tegur satu suara.
"Hesy..kau ni Man, terkejut aku, takde ape lah"
"Jom"
"Jom"

Mereka berdua menuju ke kafe untuk  makan tengah hari. Adam memesan Nasi pilav atau bulgur pilavı (pilav gandum tumbuk), bersama-sama dengan hidangan-hidangan berasaskan kacang kering (nohut, mercimek, kuru fasulye, börülce) yang dimasak dengan bawang, daging kisar, dan sos tomato, dan ia merupakan makanan yang paling disukai oleh orang-orang Turki bukan sahaja kerana makanan-makanan itu berzat, tetapi juga murah.

"Perrghh...kenyang"

***
Kelihatan Pn Aisyah terbongkok-bongkok menahan sakit. Di tangannya ada sebotol air setan yang hanya tinggal separuh. Kamal pula terhuyung-hayang membontoti dari belakang. Kedua-duanya mabuk. Sudah menjadi kelaziman di malam minggu suami isteri itu keluar malam dan pulang sehingga awal pagi. Adapun sesudah Subuh baru pulang ke rumah. Kedengaran pula hilai tawa.

"Hahahaha...i dah cakap yang si Lokman tu bodoh! Yang dia pegi ikut cakap bini dia tu kenapa?"getus Aisyah separuh sedar.
"I nak you la malam ni.."rengek manja Kamal sambil merangkul pinggang Aisyah.
"Semua jantan sama je kan, otak ada..tapi macam lembu..hahaha..dayus"
"Woo woo...you jangan cabar i..mmm"

Perbualan hambar terhenti di situ. Adam yang masih belum tidur waktu itu meneliti setiap butir bicara papa dan mamanya. Pernah juga dia menegur kedua-dua orang tuanya itu, namun hampa yang dia dapat. Malah, badannya lebam-lebam akibat dipukul. 

"Adam jangan nak mengajar mama, Adam tak tahu apa-apa. Sekolah pun habis lagi dah tunjuk pandai!"

Walaupun urusan kerja sangat menekan kehidupan mereka sekeluarga, namun keperluan keluarga tetap dijalankan dengan baik oleh Aisyah. Hanya itu yang membuat Adam betah untuk terus tinggal di rumah itu.

Namun, semenjak peristiwa itu, Adam tawar hati untuk mengambil tahu akan situasi keluarganya. Dia perlukan masa dan kekuatan untuk kembali menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang terputus. Adam juga bersyukur kerana masih mampu cemerlang dalam pelajaran sehinggakan dia layak untuk mengambil jurusan Sejarah di Turki di bawah tajaan kerajaan Turki. Benar, rezeki Allah ada di mana-mana. Oleh sebab itu dia tidak menoleh ke belakang lagi. Matlamat hidupnya ditempa sebaik-baik. Dia berjanji pada dirinya untuk membuktikan yang dia juga mampu berjaya dengan pilihannya sendiri biarpun mengecewakan kedua ibu bapanya.

"I want you to go to USA and study business. Fullstop. No compromise"
"Tapi mama, Adam nak belajar Sejarah kat Turki"
"What do you expect by learning history? Do you wanna repeat the same mistakes again? Such a foolish games, boy. Apa yang dah kamu belajar kat sekolah ni? Apa benda yang Islam mampu sumbang hah? Cakap!"
"Cukup mama, cukup! Saya tetap dengan pendirian saya, saya nak ke Turki"
"Ooo....kalau kamu keluar rumah ni, kamu bukan lagi anak mama!"

Masih segar ingatannya akan peristiwa itu, dia betul-betul nekad dengan keputusan itu. Darah mudanya memberontak inginkan sesuatu atas kerelaannya sendiri, bukan paksaan. Tapi, jauh di sudut hati Adam, dia sebenarnya tak nak menderhaka pada ibunya. Sememangnya dialah satu-satunya harapan keluarga, justeru itu dia nak jadi yang terbaik sama seperti arwah Kak Asma'.

"Kak, Adam tak kuat". Dia merintih dalam sayu.

***

Pagi itu, Adam ke kuliah seperti biasa. Dia lebih suka berjalan kaki menuju ke dewan kuliah memandangkan jarak antara asrama dengan kampus hanya seratus meter. Biasanya, dia akan sama-sama berjalan kaki dengan Aiman, tapi tidak pagi itu. Aiman ada hal lain yang perlu diuruskan. Setibanya dia di simpang jalan, dia tak dapat mengimbangi badan dengan baik lalu jatuh terjelepok menyebabkan kepalanya terhantuk di atas permukaan jalan raya. Dia pengsan dan mengalami banyak pendarahan.

"Adam, Adam"

Terasa badannya digoncang. Adam cuba membuka kelopak mata, namun terasa begitu berat ditambah dengan perit di bahagian kepala. Dia nampak Aiman berdiri di sisinya. Dia cuba memanggil, namun suaranya tak terkeluar. Dia mendengar sahutan Aiman. Perlahan-lahan dia cuba membuka mulut.

"Ai..ai..Aiman"
"Ye, Dam..aku kat sini. Kau berehat lah dulu, kau terjatuh kat tepi jalan masa nak pergi kelas tadi"

Adam hanya mengangguk.

Seminggu berlalu. Adam pulih seperti sedia kala, berita kemalangan itu sengaja tak dikhabarkan pada orang tuanya memandangkan hubungan mereka masih tidak baik. Dia bersyukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan umur. Bermula saat itu, dia berasa bersalah terhadap mamanya, dia memikirkan bagaimana nasibnya jika pagi itu juga dia ditakdirkan mati.

Usai kuliah, dia dan Aiman berjalan beriringan pulang ke asrama.

"Man, aku nak tanya sikit boleh tak?Apa yang kau buat jika mak kau paksa kau buat benda yang kau tak minat atau tak suka?"
"Hmmm...susah jugak ni, beginilah, kalaulah satu hari kau jatuh sakit, dan doctor suruh kau makan ubat, kau makan tak?"
"Mestilah, kan nk sembuh"
"Ha, aku rasa dalam kes kau ni pun, sama ah macam kita dipaksa makan ubat. Walaupun ubat tu pahit, tapi sebab kita nak kesembuhan, so kita telan jugak ubat tu. Mama kau paksa kau buat benda yang kau tak suka, mesti bersebab, yang mana kita sendiri pun tak tahu hasilnya nanti. Mungkin Allah terlebih dulu beri mama kau ilham kenapa dia buat keputusan tu dan satu lagi, kan kita sebagai anak wajib taat kepada kedua orang tua kita"
"Ye, sekarang aku baru faham, aku rasa ini satu balasan pada aku yang derhaka"
"Tapi aku tak salahkan kau pun, mungkin juga ini hikmah kepada kau yang mana akan menjernihkan semula hubungan kau dengan keluarga kau. Jangan pernah sesekali menyesali takdir, tak baik tau"
"Terima kasih, Man. Kaulah sahabat aku dunia akhirat"

Mereka sempat berbalas pelukan sebelum melangkah ke bangunan asrama. Ternyata hari itu menjadi saksi ikatan ukhuwah antara dua sahabat yang saling menyayangi kerana Allah, bertambah kukuh. Segalanya mampu jika didasari dengan keredhaan Allah semata. 

***

Berpaut pada nasihat itu.
"Adam, kalau Allah nak tunjukkan kasih Dia, bila-bila masa je, tak kira siapa pun orang tu, dan salah satu caranya adalah dengan menguji seseorang tu. Barulah kita boleh ukur sejauh mana keimanan kita. Ha, ujian ni pulak dalam macam-macam bentuk, even kita dalam kesenangan pun dah dikira ujian, apatah lagi kita dalam kesusahan. Nampak tak sekarang?. Well, kakak rasa Adam dah tunaikan kewajipan Adam sebagai seorang anak kepada mama Adam. Sekarang ni, terpulang pada mama untuk menilai siapa Adam di mata dia."
Entah mengapa bait-bait bicara kakaknya itu sering menujah benak fikirannya sekarang. Adam benar-benar buntu. Hilang arah, dia perlukan kekuatan dan sokongan untuk menghadapi semua ini. Teringat dia akan potongan surah al-Ankabut ayat 2:
  Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman," sementara mereka tidak diuji lagi?
Tersentak Adam dari lena. 

Tahajud malam itu bagaikan denyut nadi pertama bayi yang baru dilahirkan. Adam terasa seakan-akan ada aura dalam jiwa halusnya, berlari damai dalam salur darahnya. "Mungkin mama dah mampu terima aku semula". Getus hatinya. Usai zikir akhir, pantas air mata menuruni pipinya, jatuh menitik di atas telapak tangan. Dia tak tahu kenapa. Namun, dia dapat rasakan sesuatu yang indah dan dia yakin takdir Ilahi itu pasti. Sujud akhirnya dalam solatnya tadi begitu syahdu. Bicara dua hala itu terasa dekat sangat. Adam dah lama rindukan saat itu, rindu untuk luahkan pada Tuan Pemilik, ternyata malam ini, Adam mendapat peluang itu.

***

"Assalamualaikum mama, Adam ni, err...mama, Adam nak mintak maaf ngan mama, halalkan makan minum Adam selama ni ye mama, halalkan jugak susu yang mama bagi mmm...mama, mama jangan lupa solat tau, baca Quran,...Adam sayang mama, nanti kita jumpa kat Syurga ye mama..."
Voice mail itu menjadi pesanan akhir Adam pada mamanya. Hanya itu mampu diungkapkan, spontan. Semenjak hubungan dia dan mamanya kembali rapat, dia tak pernah sekali pun meluahkan apa-apa, tapi tidak hari ini. Adam berasa mamanya harus tahu akan isi hatinya. 

Pagi itu, mama Adam mendapat voice mail, terduduk Pn Aisyah. Ternyata naluri seorang ibu itu kuat, dia segera mendail nombor phone Adam, dia perlukan kepastian. Ada sedikit esak dalam talian itu, namun cuba dikawal sebaik-baiknya.

"Adam, anak mama tak apa-apa kan?, mama risaulah"
"Mama, Adam takde apa-apa. Adam ok je, mama macam mana?Sihat?"
"Alhamdulillah, mama sentiasa sihat, papa pun sihat. Ni, mama nak tanya, bila final exam Adam? Nanti balik Malaysia tau, dah lamakan Adam tak jenguk mama...papa ni, asyik tanya pasal kamu je"
"Mmm...insyaAllah ma, lagi dua bulan Adam balik, final exam habis about one week before. Takpe ma, jangan risau, Adam kat sini baik-baik je...alah, papa tu biasalah, dah Adam sorang je anak dia, nak tanya pasal siapa lagi kan?"
"Kamu ni Adam, ada-ada je lah, tapi janji tau, kamu kena balik jugak tak kira apa pun"
"Ye ye, Adam tau, tapi mama kena ingat jugak yang manusia hanya merancang, Allah yang tentukan"

Entah mengapa Adam begitu yakin dengan kata-katanya saat itu, seolah-olah halaqah usrah yang disertainya benar-benar mengubahnya upside down, tiga ratus enam puluh darjah. Sangat berbeza dengan Adam yang dahulu, sehinggakan mamanya juga begitu pelik dengan sikap Adam.

"Pa, mama risau la dengan si Adam tu, i think he's not my Adam anymore. Dia boleh jawab yang kita hanya merancang, Allah yang tentukan, bila saya cakap yang dia kena balik jugak lepas final exam. Abang tak rasa pelik ke?"
"Hishh awak ni, betul apa yang budak tu cakap, awak dah bercakap macam orang takde Tuhan"
"Abang ni dah kenapa? Saya cuma pelik je, awak ni pun satu, sejak bila dah pandai cakap pasal Tuhan bagai ni. Setahu saya, tak pernah pulak saya tengok awak solat ke baca Quran ke, nak mengajar saya pulak"
"Awak ni kan, kalau ikutkan hati saya dah lama saya lempang, baru padan muka awak, sejak dulu langsung tak pandai nak hormat saya, ikut sedap mulut je cakap"
"Alah bang, hormat suami buat apa kalau suami pun tak hormat Tuhan"

Berdesing telinga Kamal mendengarkan kata-kata isterinya itu. Dia akui, dia memang jahil tentang agama, dia terlalu sibuk mengejar dunia hingga dia lupa yang dia akan kembali kepada Tuhan. Air matanya laju menuruni pipi, bait-bait keinsafan mula mengarang puisi iman di benak mindanya. Nafasnya terasa sesak. Jiwanya kosong. 

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa isteriku, aku jahil, aku nak kembali pada-Mu ya Allah"

Hati Kamal mula berbicara.

***

Adam melangkah masuk ke pintu utama masjid. Matanya terpukau akan keindahan seni bina dalaman yang begitu halus ukirannya, ditambah dengan pantulan cahaya ke bingkai-bingkai jendela di segenap dinding masjid. Begitu cantik. Pagi itu, ruang solat utama tidak sesak dengan kunjungan manusia, walaupun masjid itu kerap menjadi tumpuan pelancong. Adam segera melangkah ke saf paling hadapan, berhadapan dengan rak al-Quran. Sengaja dia memilih saf itu kerana baginya dia lebih dekat dengan Allah berbanding solat di tengah-tengah masjid atau di saf paling belakang. Ditunainya solat Tahiyyatul Masjid dua rakaat, solat sunat yang dilakukan setelah seseorang memasuki masjid sebelum beriktikaf di dalamnya. Usai solat dan berdoa, segera dia mengambil senaskhah al-Quran, dibawanya ke dada sebelum membukanya, dia terasa sebak sukar nak digambarkan dengan kata-kata akan perasaannya ketika itu. Lalu dibukanya muka surat pertama yang tercatat surah al-Fatihah, suaranya yang serak-serak basah kedengaran melagukan ayat-ayat Allah itu dengan agak perlahan. Jiwanya bergetar bila mendengar kalimah Allah. Tanpa sedari, setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi naskhah itu. Adam menyeka air mata itu dengan belakang telapak tangan, berusaha menahan esak. Ditutupnya mushaf itu, diletak di atas riba. Fikiran jauh menerawang, imbasan kenangan demi kenangan menerjah masuk. Wajah mama, papa dan Kak Asma' satu persatu bermain di benaknya. Adam tahu yang masanya sudah terlalu singkat.

Dia secara tak sengaja telah menjejakkan kaki ke Blue Mosque pada pagi itu bersama-sama Aiman, dia tak tahu akan tujuan sebenar, tapi dia hanya menurut kata hatinya.

"Dam, kau ok tak ni?"
"Entahlah Man, tetibe je aku rasa nak tengok-tengok kat sini. Aku...aku tak tahu kenapa, padahal kita bukannya tak pernah datang sini, kan?"jawab Adam sambil tersenyum.

Aiman dah cukup kenal akan perangai kawannya yang sorang ni. Mana mungkin Adam tiada apa-apa masalah yang membelenggu kalau buat benda-benda pelik je akhir-akhir ni. Haihh..

Masjid Sultan Ahmed, atau Blue Mosque adalah sangat terkenal di Turki, spesifiknya terletak di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Blue Mosque kerana pada masa dahulu interiornya berwarna biru. Ia menjadi kebanggaan masyarakat Turki secara keseluruhan. Daya tarik utama dari masjid ini adalah enam menaranya yang megah dan juga design kubah yang seolah bertompok. Dibangun pada tahun 1609, dinding dalam masjid dihiasi sekitar dua puluh ribu keping seramik berwarna biru serta berbagai ornamen abstrak yang memiliki nilai seni yang tinggi.

Perlahan-lahan Aiman mendekati Adam yang kelihatan tertunduk lesu. Ada sisa air mata di tubir mata Adam.

"Err..Adam, kau ok ke? Cerita la wei, mungkin aku boleh tolong."
"Mmm...Aku ok la Man, takyah risau" balas Adam sambil mengesat air matanya.
"Mana boleh camni Dam, kau kena gitau aku jugak, jangan tipu, ni masjid..ha ha..kot ye pun putus cinta, jangan la sampai membawa diri sampai ke sini, jauh kot dengan hostel, pegi la Bosphorus ke...hahaha"sambung Aiman
"Ape yang ko merepek ni, ke situ pulak"
"Sorry, aku gurau je Dam, jangan la serius sangat"

Aiman tak dapat nak mengagak kali ini, tapi riak wajah Adam pagi itu membawa maksud tertentu yang dia sendiri pun tak faham. Mereka berlalu meninggalkan masjid itu bergerak ke destinasi yang lain. Seakan-akan Adam mendapat signal yang masanya cuma tinggal sekejap waktu je lagi. Dan dia melunaskan segala hutang-hutang tertangguh sebelum masa itu tiba.

Ternyata Adam berkelana saat itu, dia benar-benar menyahut pelawaan Aiman, dan dia mengajak Aiman ke Selat Bhosporus. Dia ingin melihat laut. Laut yang terbentang luas, yang menjadi saksi bersejarah kehebatan   Fatih Sultan Mehmet menawan Kota Konstantinople. Bayu yang menderu petang itu cukup tenang, menyambut kedatangan Adam dan Aiman. Jelas kelihatan tepian selat itu berpenduduk padat, Adam berjalan-jalan sekitar pantai. Walaupun di bawah terik matahari, namun jiwanya masih redup dan riak wajahnya berubah. Dia senyum. Dia mendepakan kedua-dua belah tangan, mendongakkan kepala ke langit sambil memejamkan mata. Sangat tenang dia rasa ketika itu. 

"Man, kau ingat tak yang kita pernah datang sini dua tahun lepas?"
"Ha'a..aku ingat. Kenapa?"
"Kau ingat tak kita datang dengan siapa?"
"Mmm..jap ek, Asiah...eh, Asmah..As ape tah, tapi pompuan lah. Asal?"
"Hish kau ni, Asma' lah, kakak aku"
"Haha...ye, Asma' yang cantik tu, tapi dia dah meninggal kan?"
"Tu lah, dulu dia yang bawak kita datang sini, aku ada janji ngan dia yang aku pula akan bawak dia datang sini nanti, tapi nak buat macam mana kan, dia pergi dulu. Aku ingat lagi, masa aku first time datang ke Istanbul, dia lah orang yang paling gembira"

Aiman segera merapatkan badan ke tubuh Adam, dia memeluk Adam dari sisi. 

"Sshh, dah-dah..jangan la nangis, takpe, kali ni aku kan still ada bersama kau"

Di sini, Aimanlah peneman, Aimanlah sahabat, Aimanlah sumber kekuatan Adam selepas pemergian kakaknya yang terchenta. Berat pula rasa Aiman untuk membiarkan Adam keseorangan meneruskan tahun-tahun pengajian walaupun dia sibuk dengan kerjanya juga. Demi ikatan persahabatan, dia rela. Ukhuwah fillah.

"Nah, Adam al-Fateh dah datang, beginilah adik kakak"

Adam tersenyum mengingatkan kenangan dia dan Kak Asma'. Dia kenal Kak Asma' sebagai seorang yang cekal hatinya. Kuat hafalannya, sehinggakan dia malu dengan dirinya sendiri sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga. Hubungan dia dan Kak Asma' sememangnya rapat bukan sahaja sebagai seorang kakak, tapi lebih daripada itu. Kak Asma'lah yang menjadi pembela di waktu dia dipukul oleh papanya, Kak Asma' jugalah yang menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan pelajaran di bumi al-Fateh ini, malah Kak Asma' juga seolah-olah bidadari penjaga baginya. Dah lebih setahun Kak Asma' pergi meninggalkan keluarganya, terasa banyak kenangan indah dicipta bersama-sama walaupun Kak Asma' cuma anak angkat kepada Kamal dan Aisyah, namun Adam tak pernah menganggap dia seperti orang asing, malah hubungan Adam dan Asma' jauh lebih rapat berbanding dia dengan papa mamanya sendiri. Dia redha dengan ketentuan Ilahi, namun di hari pengebumian Kak Asma', dialah orang yang paling sedih. Sehinggakan saat jenazah ditalkinkan, dia pergi meninggalkan tanah perkuburan, sungguh, dia tak mampu menahan hiba. Kak Asma', seorang anak yatim piatu yang diambil dari rumah anak yatim semasa usianya 10 tahun, dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehinggalah Pn Aisyah disahkan mengandung, Kak Asma' kurang diberi perhatian. 

Hidup Kak Asma' juga senasib dengan Adam yang terpaksa merantau jauh ke negeri orang semata-mata untuk mencari redha Allah, kedua-duanya tidak betah untuk terus menghadap kehidupan yang seakan-akan Syurga dan Neraka itu tidak wujud. Walaupun dihujani dengan rezeki yang melimpah ruah namun ruh Islam dan ketenangan tidak pernah dirasai. Mujurlah, Adam tidak mewarisi sikap dan pengaruh papa dan mamanya. Malah, Kak Asma' yang sedikit sebanyak menjadi pendorong Adam untuk terus berjuang dalam hidup. Adam dan Asma', dua individu yang bakal menjadi pembela Kamal dan Aisyah di akhirat kelak. Ketika itu, mungkin baru Kamal sedar yang hartanya tak mungkin membawanya kepada redha Allah, dan Aisyah pula mungkin bersyukur kerana mampu melahirkan zuriat yang soleh sungguhpun dia sendiri menolak darah dagingnya itu pada mulanya.

***

"Islam tidak menganjurkan penganutnya untuk memutuskan tali persaudaraan, lebih-lebih lagi dengan kedua orang tuanya sungguhpun mereka berbuat kejahatan atau tidak mengikut syariat Islam"- Ustaz Zamri

Adam berfikir sejenak akan kata-kata yang diucap oleh ustaz yang pernah mengajarnya dulu sambil pena di tangannya masih kaku tanpa menulis sepatah ayat pun. Ruang biliknya terasa sangat dingin menandakan musim sejuk telah bermula. Aiman, roomatenya merangkap saudara seusrahnya telah lama lena, penat katanya seharian berjalan meronda-ronda kota bersejarah itu. Tambahan pula, waktu-waktu sebegitu memang sudah menjadi kelaziman buat Aiman untuk tidur, dia akan bangun seawal jam 4.00 pagi untuk qiammulail ataupun tadabbur al-Quran. Tapi memandangkan musim imtihan juga semakin dekat, mereka berdua lebih kerap memilih waktu-waktu afdhal itu untuk mengulangkaji pelajaran. Adam bangun menuju ke tingkap, dibuka sedikit. Dingin angin di luar terasa hingga mencengkam batang tulang. Dia menggigil kesejukan, sambil menahan kuap. Walaupun dia berasa mengantuk, namun matanya tetap berdegil. 

"Jangan sesekali kamu meninggikan suara kamu bila bercakap dengan ibumu. Malah berkata "ah" sekalipun tak boleh, walau sejahat mana pun mereka, merekalah yang telah melahirkan kamu. Tetap ibumu, ingat tu!. Redha Allah terletak pada redha ibu"

Sekali lagi nasihat itu bermain di mindanya.Adam meraup muka dan merapikan rambutnya ke belakang. Ahh..kusut fikirannya.

"Sakit ma, Adam janji, Adam tak buat lagi"

Merintih si kecil bila dipukul dengan batang penyapu. Hanya kerana mambawa kucing kotor, dia dibalun sebegitu rupa. Apalah dosanya mahu membantu makhluk Tuhan itu, ia juga membutuhkan keperluan. Kasihan Adam, melalui waktu-waktu kecil dengan keperitan walaupun hidup dengan kemewahan. 

"Mama dah banyak kali cakap, jangan bawak kucing masuk rumah, kamu degil! Siapa suruh hah?"
"Tapi kucing ni sakit ma, kesian dia"
"Menjawab!! Kamu dengan si Asma' tu sama je..Arghh!!"

Ketika itu, Kak Asma' sudah memasuki tingkatan satu dan tinggal di asrama. Tiada tempat untuk Adam mengadu nasib. Hanya hujung minggu dapat melepaskan rindu. Sungguh, Allahlah sebaik-baik perancang, malah kehadiran Adam dan Asma' dalam keluarga itu seakan-akan satu teguran buat keluarga Kamal, namun apalah sangat untuk hamba jahil seperi Kamal untuk menghargai kurniaan sebegitu. Ya, manusia daif akan sesuatu pun, hanya Dia berkuasa dalam apa jua perkara.

Adam kembali ke dunia nyata. Dia menuju ke bilik air, mengambil wuduk. Sunat Taubat ditunaikan, diikuti sunat Tahajjud dan sunat Hajat. Usai semuanya, dia duduk di atas sejadah. Hatinya kini rindukan sesuatu, tapi bukan pada papa dan mamanya. Dia pasti akan itu. Adam menadah tangan, 

"Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, di pagi ini aku datang kepada-Mu, maka ku mohon, sahutlah panggilanku. Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa ku yang telah lalu, yang telah aku lakukan, dosa yang bakal ku lakukan. Ampunilah dosa-dosa papa dan mama, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak ku kecil, sediakanlah buat mereka Syurga-Mu, jangan pula Kau campakkan mereka ke dalam Neraka-Mu ya Allah. Ya Allah, temukanlah aku dengan Kak Asma' di Syurga kelak, aku rindu Kak Asma'..Ampunilah dosa-dosa sahabatku Aiman, tempatkanlah juga dia di Syurga-Mu, Kau redhalah akan hidup kami..Amin"

Seketika, azan Subuh berkumandang, Aiman segera bangun dari katilnya, "Ya Allah, aku terlelap rupanya". Dia melihat sekujur tubuh longlai bersandar di dinding di atas sejadah. Kepalanya tertunduk lesu seolah-olah sedang berzikir. Perlahan-lahan dia merapati tubuh itu. Disentuh bahu, lalu digoncangkan sedikit.

"Dam, Dam! Dah azan" 

Namun tiada respon. Aiman mecuba lagi, kali ini dia goncang ku sedikit kuat, namun masih tiada respon. Fikirannya mula memikirkan sesuatu, tapi dia tetap tenang. Dibawa jari telunjuknya ke hujung hidung Adam, mencari hembusan nafas. Tiada.
Jantungnya berdegup laju, air mata laju menuruni pipi. Pantas dipeluk tubuh Adam kejap.

"Adam, bangun! Jangan tinggalkan aku...Adam!

Aiman menangis sepuas hati. Dia mencium ubun-ubun, dipeluknya lagi , tak mahu dilepaskan. Fajar hari itu menyaksikan perginya seorang anak yang soleh, perginya sahabat sejati, perginya seorang mujahid. Hujan yang turun renyai-renyai juga seolah-olah menangisi pemergian Adam. 

Adam, belum sempat  menghabiskan tahun-tahun akhir pengajiannya telah pergi mengadap Ilahi mendahului kedua ayah bondanya....

***

Mama,
Adam anak mama kan?
Tapi kenapa mama tak pernah sayang Adam?
Kenapa mama tak suka Kak Asma'?
Apa salah kami pada mama?

Tapi mama, 
Adam tetap sayang mama
Adam tetap anak mama
Kak Asma' pun sayang mama
Walau mama tak pernah tahu

Mama, 
Waktu tu Adam kecik lagi
Adam suka main ngan kucing
Tapi mama marah Adam
Mama pukul Adam, Adam sakit ma

Mama, 
Sebenarnya Kak Asma' sakit
Tapi dia tak pernah bagitahu sesiapa
Dia nekad nak teruskan pelajaran
Sebab tu dia datang Istanbul
Katanya di sini dia tenang
Adam pun tak tahu dia sakit apa

Mama, 
Kami dah berjanji nak bawa mama dan papa masuk Syurga sama-sama
Seronok kan ma?
Papa mesti seronok jugak
Adam boleh doa untuk papa dan mama

Mama, 
Masa ni Adam rasa Adam dah tak lama
Tapi jangan risau, Allah kan dah tentukan segala-galanya
Adam rindu sangat nak jumpa mama ngan papa
Dan Adam harap mama sempat baca surat ni
Nanti Adam suruh kawan Adam kasi kat mama
Jangan lupa kirim salam kat papa 
Assalamualaikum mama...:)

-adam-

0026


0 comments:

Post a Comment

 
;