Friday 9 May 2014

Menangislah...


Beruntunglah masih mampu menangis. Tak kira jiwa mu kosong mahupun tenang. Tiada sempadan waktu untuk kita menangis. Menangislah kerana Allah. Moga-moga di akhirnya hasanah. Betapa ramai yang resah, betapa ramai yang gundah, betapa ramai yang nestapa. Kendatipun bernyawa dalam ruang lingkup mewah, seakan-akan dunia inilah penamat. Lupa akan destinasi abadi. 

Ah! "aku baik pun, bukan boleh kaya!"

Ungkap kata ramai insan leka buat kesekian kalinya. Indah duniawi menghijab nur mata hati. Buta hatinya, tak mampu menilai mana si tulen, mana si ciplak. Usah kusut fikiranmu wahai teman, ayuh! Mari cari jiwa abidmu, cari janjimu dulu, curi masa mudamu agar hatimu tenang dalam kasih Ilahi. Redha-Nya. Menangislah wahai khalifah, hingga kering titisan akhir, itulah pengubat luka dan duka, penghapus dosa dan cela, pembela jasad di Mahsyar sana. 

"aku buat jahat balik, dah taubat tapi still buat jahat, baik tak payah taubat"

Jangan begitu duhai teman, Allah itu Maha Pengampun, Dia tak tengok pun status kita, hanya hatimu jadi perantara, pemisah jasad dan roh di alam sana kelak. Tiada siapa yang sempurna melainkan Rasul-Nya, justeru waspadalah wahai hati-hati insan, moga sentiasa dalam lindungan-Nya. Biarlah hidup dan mati kita hanya kerana Allah. Itulah yang hakiki. Hanya ketaatan menjadi saksi cinta kita kepada-Nya, mudah-mudahan. Amin.
Menangislah...

0 comments:

Post a Comment

 
;