Saturday 21 March 2015

Beruntungkah Aku

Aku rasa aku zalim dengan diri sendiri
Dinihari aku masih terbaring, selimut membaluti
Biar fajar setia menanti, menanti anak Adam untuk sujud pada Ilahi

Kerana malam semalam aku leka dengan smartphone
Hingga lupa memohon ampun
Lenaku bermimpi sampai ke Jepun

Apa yang aku cari sebenarnya?
Redha dunia atau murka Dia

Putaran masaku masih sama
Ah, tidak mengapa
Pintu taubat masih terbuka
Usiaku masih muda

Padahal setiap inci hidup akan ditimbang tara
Neraca mana kita punya
Sedang aku rasa selangkah ke Syurga
Rupanya panas Neraka membahang di muka

Fikir aku mana silapnya
Buntu akal dan fikiran
Persoal hati tentang takwa
Tanya amalan, apa aku derhaka

Sedang tika itu, aku hampir lupa
Itu kenalan aku
Yang dulu suka ria bersama
Yang dulu bermanja mesra

"Aku tak kenal dia"
"Dia bukan sahabat aku"

Bertelagah di Mahsyar 
Aku aku engkau engkau
Membawa bekalan masing-masing
Takutkan muflis, terlupa akan hak 

Itu yang aku takutkan
Beruntungkah aku kelak?

0208

0 comments:

Post a Comment

 
;