Sunday, 26 April 2015

Pemuda

Cabaran menjadi pemuda:

Mengejar setiap cita-cita
Terdorong oleh harapan di dada 
Berkongsi matlamat yang sama

Haluan kanan berliku-liku
Haluan kiri tetap di situ
Cuma kotak kosong yang satu itu
Tetap perlu diisi dengan nawaitu

Sumpah, jalan itu masih panjang
Menagih usaha berkajang
Tak kira apa sempadan
Sampai kau jenuh berhutang

Hutang masa setiap ketika
Kerna itu pasti ditanya
Waktu mudamu ke mana
Usia tuamu apa tersisa

Lantaran itu wahai pemuda
Biar ilmu subur di jiwa
Agar masa lapangmu berharga
Menjadi tiket ke Syurga bukan ke Neraka

1924


0 comments:

Post a Comment

 
;