Monday, 27 April 2015

Boneka

Sudahnya berlalu zaman keemasan
Terpeluk oleh derita perpaduan
Mana bukti Islam yang engkau amalkan?

Luka semalam kembali berdarah
Butir peluru datang menjengah
Si anak dan ibu mangsa serakah
Durjana puak-puak bertelagah

Hebatkah engkau kumpul bersidang
Sekadar momokan penuh temberang
Tangan-tangan jahanam menjadi dalang
Gempur tentera melancar perang 

Apa kita hanya membisu
Mengunci jujur dalam palsu
Fitnah menunggu setiap penjuru
Memanah tubuh hamba berilmu

Suatu detik kan tiba jua
Saat akhir musnahlah segala
Di mana hak pasti terbela
Yang batil menjadi debu di udara






0 comments:

Post a Comment

 
;